Tuesday, October 30, 2007

Tag Technorati

Technorati Profile

Kuasa terletak pada keinginan

Hari ini , saya akan ceritakan tentang satu topik yang begitu senonim dengan kita iaitu "Harapan". Harapan merupakan satu lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak lari daripada mengharapkan yang terbaik dalam hidup mereka. Namun begitu, kebanyakkan daripada kita mengambil mudah terhadap setiap perkara yang mereka harapkan. Kadang-kadang harapan tersebut hanya berada di permukaan kulit sahaja. Dengan kata lain, bila kita lihat kereta idaman kita meluncur laju di depan mata, dalam hati terdetik "Saya harap yang pandu kereta itu adalah saya".

Mengetahui tentang apa yang kita kehendaki adalah jalan lebih pantas daripada apa yang kita harapkan akan tercapai. Contohnya, jika kita inginkan kereta baru, kenapa kita perlukan meletakkan harapan ? Cuba kita bezakan dua perkataan ini, iaitu " saya inginkan..." dan " saya harapkan..."

Keinginan akan membawa kita kepada usaha untuk mencapai apa yang diharapkan. Perkataan "harapan" lebih kepada angan-angan dan impian dan jarang kita mengambil berat terhadapnya, sebab itu usaha untuk memenuhi harapan sangat rendah. Namun kuasa keinginan berbeza, keinginan akan mengerakkan kita kepada apa yang kita kehendaki dalam jangka masa yang lebih pantas. "Saya inginkan rumah besar, saya inginkan keluarga bahagia, saya inginkan kejayaan cemerlang dalam kehidupan saya". Selalunya keinginan akan lebih cepat termakbul daripada "saya harapkan rumah besar, keluarga bahagia dan bla..bla......". Saya rasa anda sendiri dapat merasakan aura perkataan "keinginan" dan "harapan". "Keinginan" lebih membuak-buak daripada "harapan".

Harapan lebih rendah daripada keinginan, oleh itu kenapa letak harapan? kenapa tidak ubah kepada keinginan? "Saya inginkan kereta" dan " saya harap saya dapat kereta". Dua perkataan yang hampir sama namun moodnya berbeza. Dari sekarang, jangan terlalu mengharap kerana ianya tidak pasti, ubah kepada keinginan kerana kuasa keinginan akan mengerakkan kita lebih pantas daripada harapan.

"Hei,teringin nak makan nasi lemak pagi ni...Harap-harap nasi lemak tak habis..." atau " Teringin nak makan nasi lemak, jom cari nasi lemak..."