Thursday, January 17, 2008

7 Tips mudah untuk CERIA

Setiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita setkan dalam minda. Atau pepatah dalam bahasa Inggeris berbunyi "You are not born happy and you are not born sad. Happiness is a choice and a state of mind".
Anda berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira. Di sini saya akan memberikan 8 tip yang simple supaya anda lebih menghargai kehidupan anda dan menjalani hidup dengan gembira.

1. Hidup bukan sempurna
Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya, percaya bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.

2. Jangan Berdendam
Dendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.

3. Mencintai dan menghargai
Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.

4. Bekerja dengan gembira.
Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.


5. Jaga Kesihatan
Jika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan.
Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.

7. Rancang hidup dengan baik
Mereka yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.

Friday, January 4, 2008

Delima AYAM dan LEMBU

Sebuah jenaka yang di titip dari site http://www.lawakjenaka.com/ untuk hiburan pengunjung kedai kopi.

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor.Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak?
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil jek!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu akutapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Thursday, January 3, 2008

Kenapa Lelaki perlu beristeri 3?

Seorang teman baik kak arina telah menghantar email dan mengemukakan soalan ini.
Kenapa lelaki perlu beristeri tiga....
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTHREE....