Showing posts with label Bimbingan Mukmin. Show all posts
Showing posts with label Bimbingan Mukmin. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

Antara Cawan Kaca dan Cawan Kertas.

Salam Kawan-kawan Kak Arina,

Hari ini Kak Arina ingin kongsikan satu rasa dalam diri yang Kak Arina fikir sangat penting dalam kehidupan kita untuk kita amatinya bersama.

Di satu majlis sambutan rumah terbuka yang Kak Arina hadiri, Kak Arina bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang masing2 sudah mempunyai kerjaya dan sibuk menceritakannya kebanggaan diri hasil kejayaan yang dimiliki. Pada majlis tersebut, ada satu deretan cawan kopi yang mungkin harganya puluhan ringgit satu cawan. dan di hujung sana ada satu deretan cawan kertas. Masing2 tetamu yang hadir akan mengambil cawan yang berukiran klasik dan bersalut kilauan emas. Namun bila tiba pada Kak Arina, Kak Arina ambil cawan kertas. tiba2 seorang kawan menegur dan berkata " buat apa u ambil cawan tu, ambil cawan ni sahaja." dia tolong ambilkan untuk Kak Arina tapi Kak Arina menolak dan berkata padanya " Apa bezakan cawan itu dan cawan ini, sedangkan air yang kita minum itu rasanya, warnanya, manisnya adalah sama." " Ya la, tapi u tak nak rasa minum dengan cawan cantik ni ke? dan Kak Arina jawab " cantik itulah yang selalunya akan membinasakan kita. biarlah aku minum dengan cawan ini, sekurangnya2 aku tidak perlu terkilan jika terpaksa membayar satu jumlah wang yang besar jika ianya terhempas ke lantai.Walaupun mungkin tuannya tidak kisah, tapi diri sendiri rasa bersalah. Lagipun aku tidak rugi apa2 kerana aku tetap dapat menikmati rasa yang sama engkau rasaikan."

Fikir2kan lah....

Monday, November 16, 2009

Dialog Jibril As dengan Kerbau, Kelawar dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Tuesday, December 25, 2007

Menentukan CINTA

Cinta yang hakiki yang didasarkan kerana Allah semata-mata, ialah bila anda mencintai seseorang bukan kerana peribadinya, malah kerana kelebihan-kelebihannya yang bergantung dengan keakhiratannya. Misal cinta itu ialah: Seseorang yang mencintai gurunya sebab menerusi guru itu ia akan memperolehi ilmu pengetahuan yang akan memperbaiki amalannya. Sedang tujuan utama dari menuntut ilmu pengetahuan dan amalan yang baik itu, ialah keselamatan diri di Hari Akhirat. Inilah yang dikatakan antara contoh-contoh cinta kerana Allah semata-mata.

Misal yang lain ialah: Seorang guru mencintai muridnya, sebab kepadanya guru itu dapat menurunkan ilmu pengetahuan dan dengan sebab itu pula guru itu memperoleh pangkat seorang pendidik atau guru. Orang ini juga, dikira cintanya kerana Allah semata-mata. Begitu pula orang yang bersedekah dengan harta bendanya kerana menuntut keredhaan Allah, atau orang yang suka mengundang tetamu di rumahnya, lalu menghidangkan berbagai-bagai makanan yang lazat, semata-mata kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala. Kemudian lahirlah dalam diri orang itu perasaan sayang dan kasih terhadap tukang masaknya, kerana kemahirannya untuk menyediakan makanan-makanan yang lazat; cinta ini juga dikira sebagai cinta kerana Allah.

Misal lain lagi ialah misal seorang yang suka menyampaikan sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya, maka perilakunya itu dikira sebagai cinta kerana Allah juga. Ataupun orang yang mencintai pekerja yang membantu mencuci pakaiannya, membersihkan rumahnya, dan memasak makanannya, yang mana dengan terlepasnya ia dari tugas-tugas ini, senanglah ia dapat menuntut ilmu atau membuat pekerjaan yang lain, sedang tujuan utama dari mempekerjakan orang itu semata-mata kerana melapangkan diri untuk memperbanyakkan ibadat, maka ia juga terkira pencinta kerana Allah.

Begitu juga ia mencintai seorang kerana orang itu mencukupkan keperluannya dari wang dan pakaian, makanan dan rumah dan lain-lain keperluan yang mesti untuk kehidupan di dunia, sedang maksud orang yang menderma itu ialah supaya ia dapat melapangkan diri untuk menuntut ilmu pengetahuan yang berguna, sambil melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala maka cintanya itu dikira kerana Allah Ta’ala jua.