Showing posts with label Sembang intuisi. Show all posts
Showing posts with label Sembang intuisi. Show all posts

Sunday, September 2, 2007

Hubungan suami isteri dapat membentuk Intuisi yang Rapat

Waliz said,
Cerita pasal intuisi ini, saya pun banyak kali mengalaminya..tetapi selalunya perkara itu sudah terlewat untuk diketahui kerana biasanya saya akan buat tidak tahu saja jika hati sudah berkata..bila benar2 terjadi baru saya teringat bahawa sebentar tadi hati saya sudah berkata-kata sesuatu perkara akan berlaku..tetapi yang paling kuat intuisinya ialah suami saya terutamanya hal2 yang berkaitan dengan saya...malah sewaktu beliau berada di luar negara pun beliau boleh membaca apa yg di dalam pemikiran saya..kadang2 rasa pelik tetapi beliau kata mungkin hubungan yg terlalu rapat m,enjadikan kami begitu...terima kasih kerana menulis tentang intuisi..satu perkara yang agak misteri untuk dirungkaikan..salam ..

Post by Waliz. September 1, 2007 4:45 AM

Anda juga boleh ke blog Waliz yang penuh dengan coretan pengalaman hidup yang boleh dikongsikan bersama di http://walizdiary.blogspot.com

Friday, August 31, 2007

Sembang-Sembang Tentang Intuisi (Gerak hati)

Hari ini saya sangat gembira kerana penulisan saya tentang intuisi mendapat pandangan dan komentar dari rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih memberikan input yang berguna dan komentar yang bagus. Di bawah ini adalah antara komen dari rakan seperjuangan.

Zubli Zainordin kata,
Menarik sungguh posting anda ini. Intuisi dalam bahasa terjemahan ialah daripada Intuition. Kurang menyengat - macam pencil dan pensil. cuba Qalam! Terbuka pintu langit luasnya. Dalam bahasa kita, Intuisi ini sebenarnya ialah Resa. Perbezaan di sini ialah Intuisi dan Suara Hati. Lebih molek perbezaan di antara Rasa dan Resa. Di blog saya, ada *diagram* maklumat berharga berkaitan dengan 16 deria manusia, di sekolah di sebut 5 atau 5 campur 1. Sebenarnya minima 16, ada lebih lagi deria manusia anugerah Allah yang belum kita teroka. Kemudian *invisible force,* yakni kuasa ghaib. Terdapat sebutannya dalam Surah Al-Baqarah ayat 1 - 5. Kembali kepada *diagram* di dalamnya didapati melebih 3 trillion forsa ghaib, yang Allah perentahkan supaya sujud kepada Adam. Ertinya apa yang diketahui sebagai Malaikat senantiasa berperanan supaya kita dipelihara Allah. Tugas ini merekalah yang melaksanakannya. Lantaran resa atau disebut di sini Intuisi adalah anugerah besar nilai dan harganya. Mahukah kita memanfaatkannya. Saya pilih untuk begitu, memanfaatkannya sepenuhnya. *Diagram* ada di sini, percuma kajian saya sejak 1978.

http://infozublizainordin.wordpress.com/tag/zubli-zainordin-diagram-of-discoveries/Dah jumpa, klik *The Total View* jumpalah *diagram*.

Emanrais kata,
Salam. Seminggu yang lalu, di www.duadunia.net saya ada tulis pengalaman pribadi berjudul "Klo di Tangerang, eling lan waspada," Sejam sebelumnya peristiwa itu terjadi, hati saya bergetar dengan irama jantung yang berdegup. Kata hati saya mengingatkan, bakal ada peristiwa yang membingungkann. Saya sudah sarankan kepada yang terkasih saya, untuk batalkan perjalanan, lalu pulang ke rumah masing2. Tapi teman saya memanja, ingin banyak berbincang sambil raun2. Akhirnya kami masuk perangkap orang2 dholim yang memeras kami, sambil mengancam buat rusakkan karakter kami.Hal yang sama, saya alami sewaktu saya memenuhi permintaan puan, puan Waliz dan tuan Logan, buat menganalisa karakter dari photo.Saya menatapinya barang beberapa saat, lalu di angan saya timbul idea apa yang harus saya tuliskan. Subhanallah. Saya sama sekali masih bukan orang pandai. Namun saya semakin percaya akan hadirnya intuisi, di dalam kehidupan hati. Oleh karenanya terhadap petunjuk puan ini, saya tak kurang2 dahaga, buat beroleh tambahan ilmu pengetahuan, buat mempertajam intuisi agar bisa membantu ummat secara lebih baik lagi. Insyallah.

Thursday, August 30, 2007

Apa kata Shueqry tentang Intuisi

Pagi-pagi ini bila baca comment Shueqry rasa bersemangat pula. Sebenarnya setiap hari saya ternanti-nanti komentar dari beliau kerana pada saya site Shueqry Berkata penuh dengan informasi berguna. Gabungan pelbagai idea yang mantab dengan rujukan pakar motivasi terkenal. Jika anda berkesempatan kunjungilah site Shueqry Berkata dan anda pasti setuju dengan kata-kata saya. Di sini saya paparkan komentar beliau.

Assalamualaikum, kak Arina apa khabar? Shueqry di sini.

Dalam ilmu kuasa minda dan spiritual, intuisi memang ada dalam diri setiap insan. Ia boleh dibangunkan, dilatih dan 'diterangkan' agar melihat apa yang tak nampak. Ia juga dipanggil mata hati atau deria keenam.

Ia lebih bersifat sukma rasa, lebih kepada naluri dan getaran emosi yg datang secara tiba-tiba. Namun, apa yang timbul di dalam hati segalanya datang dari Allah swt, yang baik dari DIA dan buruk dari syitan yang niatnya mahu memperlagakan manusia.

Suara hati atau kata hati ini memang ada, namun tak ramai yang menyedarinya. Ia dapat memandu kita dalam apa jua keadaan, situasi mahupun bila kita nak buat keputusan. Bila fikiran positif dan hati baik, kata hati dapat memberi panduan dengan berkesan.

Allah maha pengasih dan maha penyayang, sebab itu kita ada gerak intuisi ini, untuk menerima petunjuk dan hidayah darinya.

Namun, mata hati atau naluri ini akan jadi 'buta' jika hanya perasaan benci dan dendam yang memenuhi hati, lantas secara automatik menjauhkan kita dari menerima cahaya hidayah Allah swt.

Kejayaan datang dari Allah dan ia juga boleh ditarik bila-bila masa olehnya. Kejayaan berlaku dengan izin Allah selain kesan dari usaha kita sendiri.

Artikel yang membina dari kak Arina. Bersemangat saya membacanya, tq !

Wednesday, August 29, 2007

Apa Kata Kak Arina

Pagi ini rasa nak sarapan nasi lemak pulak, sebenarnya setahun adalah 2 atau 3 kali makan nasi lemak ni. Tak nak amalkan sebab cepat mengantuk. Kebiasaannya susu segelas dan roti sekeping dah cukup sampai tengahhari.
Sambil bersarapan saya membaca suratkhabar. Banyak berita yang menarik tentang kita menang bola dengan Myanmar, gengstar, kebakaran dan pembunuhan amah . Yang menariknya tentang artikel rasuah 262 orang ditahan sepanjang Januari. Saya mula terfikir alangkah baiknya jika negara kita bebas rasuah. Salah siapa anak bangsa kita terlibat dengan rasuah? Kenapa adanya gerak hati untuk menerima rasuah ? Gerak hati dan bisikan itu datangnya dari mana?

Gerak Hati, Suara hati dan intuisi sama ke? Saya sudah terfikir untuk menulis tentang pengaruh intuisi dalam kehidupan kita. Sebenarnya banyak juga buku dan rujukan yang saya buat tentang intuisi, Steven Covey dan Jose Silva banyak menerangkan tentang intuisi dalam buku mereka. Pengajian saya di Upm bidang kaunseling juga banyak membahaskannya, pensyarah selalu menyebut tentang intuisi, suara hati, gerak rasa dan pelbagai istilah yang sewaktu dengannya.

Terima kasih kepada Dr. Ariffaizal yang memberi dorongan dan membuka jalan saya untuk menulis tentang intuisi dan dikongsikan bersama dengan anda. Anda boleh ke site saya untuk mendalami Intuisi Anugerah Allah ini. Dan baca juga artikel bertajuk Hukum Kesimbangan tulisan Dr. Ariffaizal . Artikelnya juga menarik dan boleh dijadikan panduan yang berguna tentang hukum alam yang perlu kita semua memahami dan seterusnya menerima bahawa segala kejadian dan peristiwa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita.