Thursday, December 13, 2007

Warnakan diri Anda

Warna Putih
Perlindungan, kebersihan, penglihatan yang jelas, penyembuhan, penghasilan tenaga, keikhlasan, ketenangan, kesucian, keserhanaan, dan memangkinkan semua warna (sesuai dengan semua warna)

Warna Perak
Ketelusan, mempunyai kuasa psikik, menjelaskan gambaran dalaman, kemurnian, ketenteraman, penuh misteri (fikirkan tentang bulan)

Warna Emas
Hubungkait dengan kuasa maha tinggi, inspirasi agung, tenaga dalaman, tarikan, kepimpinan (fikirkan tentang matahari)

Merah
Perasaan yang meluap-luap, keberanian, tenaga, jantina, tarikan, kegahirahan, pertentangan jantina, penuh semangat, pendirian yang teguh, kasih sayang, kecergasan diri, kemesraan, tindakan (fikirkan tentang api)

Merah jambu/pink
Kasih sayang dan kasih yang romantik, belas kasihan, persahabatan, kefahaman, diplomasi, kesucian, kelembutan dan kewanitaan

Oren
Tenaga, daya tarikan, kebolehan mengawal diri, organisasi, harga diri, kemesraan, kelincahan, kegembiraan, kebaikan, kepekaan, kreativiti, kematangan, harvest (think of the harvest sun and moon)

Ungu
Kuasa, penyembuhan, magic, combatting, jangkitan dan penyakit, kerohanian, penyembuhan secara psikik, pengadilan, perayaan.

Kuning
Tarikan, komunikasi, petah, daya fikir, keyakinan, pengembaraan, penumpuan, ketangkasan, inspirasi, kegembiraan, tuah, optimisme, kepercayaan, keseimbangan.

Hijau
Wang, kekayaan, penyembuhan, pertumbuhan, pekerjaan, kesuburan, kejayaan, kesihatan, harmoni, permulaan yang baru, pembaharuan (fikirkan tentang tumbuhan hijau)

Biru
Penyembuhan, rehat, damai, kebenaran, kebijaksanaan, kepelbagaian ekspressi, ketenangan, meditasi, harmoni, ketenteraman, kesolehan, kefahaman kerohanian, introspection (fikirkan tentang langit biru dan lautan)

Coklat
tanah, tetap, stabil, konsentrasi, penyembuhan, pembersihan, bekerja dengan binatang di rumah, kewanitaan (fikirkan tentang bumi)

Kelabu
Neutral, keseimbangan

Hitam
Menghilangkan, penyerapan yang negatif, exorcisms, kewujudan semua warna

Nota: Tentang warna hitam: warna hitam tidak semestinya mempunyai makna yang negatif. Ia boleh digunakan sebagai perlindungan memandangkan ia dapat menyerap kuasa negatif, sama seperti kain hitam yang menyerap kepanasan waktu hari panas. Namun kekosongan yang terbentuk harus diisi dengan tenaga positif – sesuatu yang dapat dicapai dengan mencampurkan ia bersama warna-warna lain, seperti putih atau biru.

*Diterjemah daripada Chiazzari, Suzy. (1998). The Complete Book of Colour. Boston: Element Books http://www.hauntedhamilton.com/colour.html

Wednesday, December 12, 2007

Warna Dalam kehidupan

Warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita. Alam semulajadi telah mengurniakan kita dengan warna-warna untuk menceriakan lagi fizikal dan rohani kita. Ianya menyumbangkan kepada seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga atau aura yang penuh hikmah, ketenangan jiwa,minda dan emosi dan ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian.
Kita secara aktif atau pasif bertindak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian kita. Dan mengikut ahli psikologis, Gelombang cahaya warna membawa kesan ke atas kita sepanjang masa dan menembusi sistem kecerdasan kita tidak kira samada kita sedang tidur atau pun kita seorang buta. Kajian Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noh pensyarah UPM banyak melibatkan warna dan personaliti dan hasil kajian beliau telah digunakan dihampir semua universiti dalam bentuk inventori warna. Kajian sains pula banyak melibatkan sinar warna cahaya yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, tekanan darah, suhu badan, aktiviti otot, pola tidur dan sistem ketahanan kita. Sinar berwarna ini bukan sahaja membawa kesan ke atas fizikal kita, malah emosi, mood dan mentaliti kita.

Sama ada sedar atau tidak, Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi terhadap warna. Kita sering memberi diri kita suatu rawatan warna dengan mendedahkan diri kita kepada warna tertentu dalam rumah atau perkarangan rumah. Cuba lihat disekeliling kita, dipenuhi dengan pelbagai warna. Walaupun begitu, reaksi kita terhadap warna tersebut ialah secara tidak sedar dan kita boleh menggunakan kuasa ini untuk memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan kita.Terdapat banyak cara untuk memperkenalkan warna ke dalam sistem kita. Dalam psikologis, dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, kita berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri dan membebaskan tenaganya untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja anda serta taman bunga.

Kita juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan dari hidup. Itulah kenikmatan yang Allah berikan melalui wariasi warna dalam kehidupan manusia, Hanya manusia yang memahaminya akan memanfaatkan kebesaran hikmah Tuhan ini.

Akhir sekali, kita boleh menggunakan teknik-teknik perawatan yang melibatkan penggunaan warna untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan pada diri kita. Colour Vibration Therapy yang melibatkan penggunaan warna untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan pada diri kita. Penggunaan warna untuk merawat bukanlah suatu idea baru. Sebenarnya telah terdapat banyak kaedah kuno yang telah dibangunkan di serata dunia yang melibatkan penggunaan warna dalam perawatan. Colour Vibration Therapy memperkenalkan ilmu ini semula dan para penyelidik warna dan ahli terapi warna kini menggunakan kaedah perawatan yang melibatkan penggunaan warna yang sejajar dengan zaman kini.

Friday, December 7, 2007

JOm MiNum Ais


Bila terbaca artikel dari laman Dr. Ariffaizal tentang ais, perkara pertama yang terlintas dalam minda saya adalah minuman berais. Minuman berais memang sedap bila diminum pada waktu panas, tengah hari selepas makan nasi, ditambah pula bila pekena dengan sambal belacan yang pedas gila. Woo…lega dapat hirup minuman beraiskan…makan ais krim, ais kacang, ais blend dan ais gorengpun ada….

Terapi Ais sebagai rawatan ? Betul ke? Saya kurang percaya ais boleh digunakan sebagai salah satu agen perubatan sebabnya orang tua-tua melarang keras wanita atau anak dara mengamalkan ais dalam pemakanan mereka, kononnya, melemahkan urat saraf, rahim tak sihat, lemah anggota badan, nafas pendek, cepat lelah, kebas-kebas anggota badan terutama jari-jari kaki dan tangan dan orang tua-tua dulu percaya bahawa ais tidak elok untuk kesihatan. Untuk meyakinkan diri sendiri tentang ais dan kegunaannya dalam perubatan, maka saya membuat sedikit research di internet dengan membaca artikel dari luar negara tentang ais. Dan hasilnya……saya paparkan dibawah ini.


Apa kegunaan ais dalam bidang perubatan?
Ais mengikut kajian saintifik sudah digunakan sejak dahulu lagi sebagai salah satu teknik rawatan untuk mengawal kesakitan, ketidakselesaaan terhadap otot dan tulang. Ais juga dapat mengurangkan kekejangan otot, kesakitan dan juga keradangan akibat melecur. Ais juga digunakan untuk mengawal suhu badan terutama bagi kanak-kanak yang mengalami demam panas hingga membawa kepada sawan. Penggunaan ais untuk rawatan tertentu sebenarnya sudah disedari oleh para saintis namun kajian secara ilmiah terhadapnya sebagai satu rawatan alternative telah dilakukan oleh pengamal-pengamal rawatan alternatif Colour Vibration Therapy.

Dari bacaan saya diblog Dr. Ariffaizal, Hidrotherapi Ais merupakan kaedah yang pertama seumpamanya diperkenalkan bagi tujuan penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit secara keseluruhan merangkumi aspek spiritual, emosional, menatal dan fizikal. Hidrotherapy Ais telah dipertingkatkan teknologinya dengan penggunaan elemen-elemen air ionik beralkali (ionized-alkaline), ozon, garam potassium dan lain-lain yang membantu merawat penyakit selain mengekalkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan.
Berita selanjutnya…………….



Wednesday, December 5, 2007

Watak Anda Personaliti Anda

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu lagi topik yang sangat menarik dan perlu kita ketahui jika ingin memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang. Apa yang ingin saya kongsi adalah tentang sikap dan watak individu dan pengaruhnya dalam kehidupan manusia.

Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya perwatakan dan sikap banyak menentukan cara hidup serta personaliti seseorang individu. Kebanyakan ahli psikologis bersetuju bahawa watak dan personaliti seseorang mempengaruhi kecemerlangan mahupun kegagalan dalam kehidupan individu.

Kajian-kajian yang dilakukan ke atas individu-individu yang berjaya dan berpengaruh seperti ahli politik, ahli perniagaan yang berjaya, pemimpin-pemimpin dan individu lain yang terkemuka menunjukkan mereka ini membawa watak dan sikap yang amat berbeza dengan individu lain.

Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa kebanyakan individu yang berjaya mempunyai watak dan personaliti yang positif tentang diri mereka. Cara mereka menilai diri mereka, pandangan mereka terhadap diri sendiri dan corak pemikiran mereka yang positif telah membantu mereka mencapai matlamat kendiri. Dan Ivan Burnell menyatakan bahawa untuk menghasilkan personaliti yang cemerlang ialah setiap individu perlu menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting. Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.


Bagi mengenali watak dan personaliti kita, Di sini ingin saya kongsikan hasil kajian Havinghurst dan Taba. Dalam kajian mereka, mereka menekan kepada beberapa pola atau profil individu berdasarkan lima pemboleh ubah yang terdiri daripada sifat-sifat peribadi yang dikenal pasti boleh digunakan untuk menentukan jenis watak individu. Hasil daripada ciri-ciri watak invididu yang dikenal pasti ada lima jenis watak (character typology} yang telah diklasifikasikan.



Menurut Havinghurst dan Taba, sahsiah individu berkait rapat denqan tinqkahlakunya. Jenis watak yang dimiliki menjadi pengukur masvarakat terhadap peribadi seseoranq dan watak itu dianqqap sebagai sebahagian daripada personaliti individu vang paling tertakluk kepada penerimaan social. Mereka memberi contoh kejujuran sebagai contoh watak yang dipandang tinggi oleh masyarakat sementara seorang yang tidak jujur dipandang rendah dan mungkin juga dipenjarakan. Bagaimanapun, ada perwatakan seperti suka berjenaka yang tidak mempengaruhi tanggapan masyarakat terhadap individu.


Watak didefinisikan sebagai satu gabungan beberapa ciri atau tret tertentu) dan lima ciri watak dikenal pasti sebagai mewakili watak individu. Lima ciri watak itu digunakan sebagai pengukur reputasi yang mengambil kira hubungan dengan pembolehubah lain seperti kelas sosial. Lima watak tersebut adalah kejujuran tanggungjawab. kesetiaan, keberanian moral dan kemesraan.
Dengan menggunakan pengukur reputasi sebagai indeks perwatakan seseorang individu, Havinghurst dan Taba menemui lima jenis watak, iaitu unadjusted, defiant, submissive, adaptive dan self-directive.

Ingin ketahui anda tergolong dalam watak dan personaliti yang mana? Sila ke laman blog ini. Klik pada Kenali Diri Anda.


Monday, December 3, 2007

4 Asas Akhlak Mulia

Salah satu perkembangan masyarakat Islam belakangan ini adalah kecenderungan meninggalkan akhlak ketika berhadapan dengan delima etika sosial yang semakin rakus melanda manusia kini. Peredaran zaman yang semakin menekankan kepada materialistik, individualistik dan konsep egoisma semakin menjadi tunjang utama paksi manusia dalam menentukan matlamat hidup mereka. Malah ianya telah semakin jauh terpesong hingga mampu meruntuhkan umat manusia keseluruhannya. Peranan akhlak tidak lagi dipandang sebagai asas dalam pembangunan insan. Dan ianya nyata sekali telah ditinggalkan jauh ditenggelami arus perubahan dan ledakan duniawi yang melekakan hati, membutakan mata, mentulikan telinga.

Amat sedih sekali melihat masyarakat kita yang semakin jauh meninggalkan ajaran agama, agama hanya sebagai satu koleksi kitab semata-mata, dibuka dan dibaca untuk tujuan terselindung dan meraih nama, pengiktirafan dan anugerah. Di sekolah ajaran agama meletakkan tujuan utama untuk lulus periksa, mendapat gred yang baik, dan memperolehi kerjaya yang selesa. Hanya mereka yang sedar siapa diri mereka, akan berpaksikan agama sebagai panduan kehidupan sempurna.

Apabila agama dan akhlak hanya hiasan duniawi semata-mata, maka runtuhnya bangsa bak runtuhnya tamadun manusia. Sedangkan akhlak dan agama tidak dapat dipisahkan dalam mencipta satu tamadun bangsa yang sempurna. Ingatlah bahawa Rasuluallah diutuskan ke muka bumi ini untuk membimbing manusia. Bersabda Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya aku diutus untuk menyempurnakan kemuliaan budi pekerti.” Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Agama itu adalah kemuliaan budi pekerti”. Kemudian Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Apakah kecelakaan itu? Baginda menjawab: Kecelakaan itu ialah kejelekan budi pekerti.


Akhlak memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Ianya merupakan segala perbuatan dan tingkah laku yang membentuk peribadi dan personaliti setiap manusia. Bagi mereka yang memerhati keseluruhan manusia akhlak ini menjadikan dirinya benar-benar seorang manusia. Perjalanan sebagai manusia ditentukan oleh akhlaknya. Dalam menilai manusia ahklak inilah yang diperakui. Dan sekarang ini, akhlak inilah yang telah dilupakan oleh masyarakat dalam menangani permasalahan sosial dan apa juga permasalahan dalam dunia ini. Ketidak upayaan mereka dalam mengamalkan akhlak yang baik nampaknya merosakkan tamadun manusia.
Bagaimana ingin membangunkan akhlak yang baik. Biarlah kita bermula dengan diri kita sendiri. Asas akhlak yang mulia bertunjangkan kepada 4 paksi utama iaitu Hikmah atau kebijaksanaan, Syaja’ah atau keberanian, Iffah atau kebersihan jiwa dan Adl atau keadilan.

Yang dimaksudkan dengan kebijaksanaan ialah suatu keadaan dalam diri yang mana menerusinya ia dapat membezakan yang benar dari yang salah dalam semua hal-ehwal ikhtiariah (perbuatan pilihan diri sendiri).

Yang dimaksudkan dengan keberanian, ialah bahawa keadaan marah yang sedang meluap-luap itu dapat dituntun oleh akal untuk terus memajukan keberanian itu ataupun menahannya dari berlaku.

Yang dimaksudkan dengan kebersihan jiwa, ialah menahan kemahuan syahwat dengan mendidiknya supaya tunduk kepada petunjuk akal dan syara’.

Yang dimaksudkan dengan keadilan, ialah suatu kekuatan dalam jiwa yang dapat mengatasi sifat marah dan kemahuan syahwat, lalu membimbing keduanya ke arah kebijaksanaan, serta menentukan bila masanya boleh diikutkan, dan bila pula harus dikekang dari berlaku menurut hal dan keadaan yang dihadapinya.


Dengan menegakkan keempat-empat sifat yang tersebut di atas tadi, barulah dapat dilengkapi diri dengan semua akhlak dan budi pekerti yang indah.