Cuba lihat di sekeliling anda, di mana anda berada sekarang dan apa yang sedang anda lakukan ketika ini? Berhenti seketika dari melihat sekitar anda, Lihat pula pada diri anda sendiri. Apa yang anda pakai? kereta apa yang sedang anda pandu? Apa yang anda lakukan ketika ini? Adakah ini yang anda impikan selama ini? Apa yang anda lihat sekarang adalah bukti tentang apa yang telah anda lakukan untuk diri anda setakat ini. Anda bukan bermimpi atau berada di alam fantasi. Kenyataannya sekarang, ini adalah merupakan diri anda sebenarnya.
Setiap manusia mempunyai impian dan mimpi yang indah, impian dan mimpi indah tersebut sentiasa berenang-renang di sekitar minda,hati dan naluri kita. Namun begitu, apa yang kita lakukan tentangnya. Tiada bukan? Kita masih seperti dulu, meneruskan kehidupan tanpa mahu melakukan sebarang perubahan kerana kita tidak pernah berasakan bahawa impian dan mimpi itu satu kenyataan.
Kebanyakan daripada kita mengambil ringan terhadap impian dan mimpi mereka. Kita juga selalui menyatakan bahawa impian dan mimpi tersebut adalah satu perkara yang mustahil untuk dicapai dan membiarkannya menjadi satu mimpi, impian dan angan-angan. Sehingga satu ketika anda akan terkejut dari mimpi dan angan-angan anda dan mula meninggalkannya jauh dan membiarkan takdir yang menentukan segalanya.
Tanpa bertindak merealisasikan impian dan harapan anda, maka ianya berlalu begitu sahaja. Sedangkan jika anda tahu bahawa impian dan mimpi indah itulah merupakan satu kuasa tarikan yang paling kuat dalam mengerakkan minda dan jasad anda untuk teruskan berusaha menjadikan mimpi dan impian itu satu kenyataan.
Cuba anda berbual dengan mereka yang sudah berjaya dalam hidup, kebanyakan daripada mereka memegang impian dan mimpi mereka sebagai kekuatan dalam mengerakkan diri untuk terus berusaha merealisasikan impian dan mimpi mereka. Mereka tahu bahawa tanpa berbuat sesuatu mereka pasti tidak akan berjaya menjadikan mimpi itu satu kenyataan. Bercakap dengan sesiapa sahaja dan pasti mereka akan menyatakan perkara yang sama...”Saya ada impian dan ianya menjadi satu kuasa tarikan yang kuat untuk saya mencapai matlamat tersebut”.
Bermimpi adalah penting, kerana jika anda tidak mempunyai wawasan-wawasan dan keupayaan melampaui apa anda melihat dan impikan, kemudian anda tidak tahu apa yang anda cari. "Impian" dan mimpi tersebut menandakan yang anda belum lagi dapat menggunakan kuasa tarikan mimpi dan impian dengan ketara dalam merealisasikan impian anda.
Oleh itu, untuk menjadikan mimpi anda satu kenyataan, anda harus bermula dengan satu wawasan kerana ianya adalah sebahagian daripada mimpi dan impian anda. Tanpa wawasan dan matlamat yang nyata, impian dan angan-angan hanya sia-sia. Matlamat dan wawasan perlu ada sebagai satu garis panduan dalam mengejar impian.
Keduanya anda harus mempunyai kepercayaan tinggi. Anda mesti mempercayai diri sendiri lebih dari apa yang anda impikan kerana jika keadaan sekeliling tidak membantu anda dalam menyokong wawasan tersebut, kepercayaan terhadap keupayaan diri akan menarik anda untuk teruskan perjuangan.
Dan ketiga ialah tindakan. Impian, mimpi dan angan-angan hanya sia-sia tanpa melakukan sebarang tindakan untuk merealisasikannya. Tindakan yang berterusan dan penuh komitmen akan membuatkan mimpi anda benar-benar menjadi nyata. Kuncinya di sini adalah jangan membiarkan mimpi dan impian anda pergi begitu sahaja kerana ianya adalah penyuluh jalan menuju impian.
|