Wednesday, November 18, 2009

Antara Cawan Kaca dan Cawan Kertas.

Salam Kawan-kawan Kak Arina,

Hari ini Kak Arina ingin kongsikan satu rasa dalam diri yang Kak Arina fikir sangat penting dalam kehidupan kita untuk kita amatinya bersama.

Di satu majlis sambutan rumah terbuka yang Kak Arina hadiri, Kak Arina bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang masing2 sudah mempunyai kerjaya dan sibuk menceritakannya kebanggaan diri hasil kejayaan yang dimiliki. Pada majlis tersebut, ada satu deretan cawan kopi yang mungkin harganya puluhan ringgit satu cawan. dan di hujung sana ada satu deretan cawan kertas. Masing2 tetamu yang hadir akan mengambil cawan yang berukiran klasik dan bersalut kilauan emas. Namun bila tiba pada Kak Arina, Kak Arina ambil cawan kertas. tiba2 seorang kawan menegur dan berkata " buat apa u ambil cawan tu, ambil cawan ni sahaja." dia tolong ambilkan untuk Kak Arina tapi Kak Arina menolak dan berkata padanya " Apa bezakan cawan itu dan cawan ini, sedangkan air yang kita minum itu rasanya, warnanya, manisnya adalah sama." " Ya la, tapi u tak nak rasa minum dengan cawan cantik ni ke? dan Kak Arina jawab " cantik itulah yang selalunya akan membinasakan kita. biarlah aku minum dengan cawan ini, sekurangnya2 aku tidak perlu terkilan jika terpaksa membayar satu jumlah wang yang besar jika ianya terhempas ke lantai.Walaupun mungkin tuannya tidak kisah, tapi diri sendiri rasa bersalah. Lagipun aku tidak rugi apa2 kerana aku tetap dapat menikmati rasa yang sama engkau rasaikan."

Fikir2kan lah....

Monday, November 16, 2009

Dialog Jibril As dengan Kerbau, Kelawar dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Tuesday, June 3, 2008

Tips on how to become Attractive

  • Always be positive and think good about yourself.
  • Always stand tall make sure your back is always straight.
  • Wear a clean and well ironed clothes. (it always pay to be clean looking).
  • Always take care of your hygiene.
  • If you are a woman make sure you always wear a lipstick that suit your color and personality, pink or red nail polish and a nice high heeled shoes.
  • Always have a smile in your face...It's hard to not notice a person who always smile and has a friendly "aura."
  • Always say thank you whenever someone gives you a compliment and if someone gave you a favor even for you its not that relevant.
  • Don't say bad things about other people.
  • Don't be too emotional...always keep your cool and poise.
  • Always address the elders(parent, your parents, uncle, aunt, bosses)with respect.

Sunday, May 25, 2008

Terpedaya dengan Rangkaian Sosial Online

Myspace, tagged, friendster dan pelbagai lagi tools yang digunakan di internet bagi memudahkan hubungan komunikasi secara online di seluruh dunia. Malah ianya sudah mencapai jutaan pengujung dan keahlian yang tinggi. Tidak banyak kajian yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu tentang kesan dan akibat nyata dari sebuah laman web rangkaian sosial ini.

Seperti mana yang kita maklum, laman web rangkaian hubungan social ini dibangunkan untuk memberikan perkhidmatan kepada penggunanya untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain seperti di dalam negara ataupun di luar negara, membenarkan mencari rakan dari serata dunia, bertukar-tukar maklumat dan pendapat, dan membenarkan penggunanya mengenali lebih rapat dengan dunia internet.

Namun perkhidmatan ini sekarang sudah disalahgunakan oleh kebanyakan daripada remaja kita untuk tujuan lain yang pastinya akan membawa kepada salah laku yang buruk. Antaranya melalui penyebaran gambar lucah.

Berdasarkan statistik terbaru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM), sehingga September 2007, ada 11.7 juta penduduk menggunakan internet secara langganan ‘dial-up’ manakala 1.2 juta lagi menggunakan kemudahan teknologi itu secara langganan jalur lebar.

Daripada jumlah itu, kajian mendapati 46 peratus daripada pelayar web di Malaysia melayari laman sosial seperti Friendster, MySpace®, Tagged, Xanga, Atau Facebook dan kebanyakan mereka seronok menghantar dan berkongsi profil peribadi, gambar tanpa menyedari maklumat mereka direkod pihak tertentu. Kebanyakan mereka yang gemar berkongsi maklumat dengan rakan, sama ada melalui laman web sendiri atau blog dengan mendedahkan maklumat sebenar mereka berisiko untuk dibuli atau diancam.

Pengurus Pemasaran Serantau, Perniagaan Pelanggan Symantec bagi Rantau Asia Selatan, Effendy Ibrahim berkata, berdasarkan kajian, walaupun kes serangan siber di Malaysia tidak banyak dilaporkan berbanding negara maju, pihaknya percaya apa yang berlaku di sana juga boleh berlaku di sini.

Antara kes yang berlaku di Malaysia baru-baru ini adalah kes seorang lelaki yang diugut oleh seorang wanita melalui gambar bogelnya yang dirakam sewaktu mereka berbual secara online. Tidak kira mangsanya wanita, mahupun lelaki, kes ugutan secara online ini semakin berleluasa. Mungkin statistik sebenarnya tidak dapat diperolehi kerana mangsa tidak berani tampil ke hadapan untuk membuat laporan polis.

Sebenarnya, saya yakin bahawa ramai remaja kita sudah terpedaya dengan tipu helah yang digunakan oleh golongan-golongan tertentu yang menunggu mangsa di rangkaian hubungan sosal ini. Namun kerana takut dan malu untuk membuat laporan polis, maka kes ini dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Keseluruhan pengguna internet di Malaysia adalah remaja berusia 24 tahun ke bawah dan kanak-kanak. “Gadis remaja dan kanak-kanak adalah golongan paling berisiko menghadapi serangan itu kerana mereka dikategorikan sebagai ‘mangsa yang mudah diperdaya’ berbanding golongan dewasa yang lebih matang. Beberapa kes yang melibatkan gadis remaja dirogol dan diperdaya oleh lelaki melalui internet telah ada di Malaysia. Selain daripada itu, ugutan juga digunakan untuk memaksa mangsa mengikut kehendak mereka.

Golongan dewasa juga tidak terlepas dari menjadi sasaran mereka, terutama golongan wanita yang sudah berumur, berkerjaya dan professional. Mereka ini akan diumpan dengan pelbagai bahasa pujukan dan pujian yang akhirnya memerangkap mereka. Kebanyakan daripada mangsa golongan ini adalah wanita yang diugut setelah mempamerkan gambar bogel atau separuh bogel mereka setelah dipujuk rayu.

Sehingga Oktober tahun lalu, sebanyak 60 kes buli siber dilaporkan ke Keselamatan Siber Malaysia di bawah kategori gangguan elektronik dan kebanyakannya berlaku di sekolah menengah di sekitar Lembah Klang. Jumlah yang rendah ini bukan bermakna tidak banyak kes buli berlaku, tetapi kebanyakan mangsa ‘malas’ untuk menghebohkannya dan menganggap ia tidak perlu dilayan.

Mengikut Seksyen 223, Akta Komunikasi Dan Multimedia, sebarang komen, permintaan, cadangan atau setiap komunikasi yang kedengaran lucah, tidak senonoh, palsu, mengancam atau serangan dengan niat untuk menjengkelkan, memaki, mengancam atau mengacau orang yang lain dianggap suatu kesalahan. Pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Monday, May 19, 2008

Ketagih

Salam buat semua kawan-kawan di blog. Lama rasanya saya menghilangkan diri dari blog ini. Hampir 3 bulan, tapi rasanya seperti 3 tahun tidak menulis. Kehilangan saya bukan satu misteri, kehilangan di sini, keujudan di dunia baru yang menjadikan saya ketagih hingga lupa tentang minat saya pada penulisan blog.

Ketagih, macam-macam jenis ketagihan yang ada di dunia ini. Dan dugaan yang paling hebat adalah ketagihan yang saya alami ketika ini. Mungkin pada orang lain, ianya adalah perkara biasa, namun pada saya, ianya seperti berada di dunia fantasi, penuh dengan mimpi indah hingga tidak jejak di dunia nyata.

Pengalaman ini, pasti akan saya kongsikan bersama anda semua. Agar ianya menjadi satu pengajaran dan ingatan juga kepada saya sebagai hamba Allah. Saya percaya setiap peristiwa ada hikmahnya. Dan pengalaman saya ini menjadikan jiwa lebih tabah, sabar, penyayang dan yang paling penting adalah mengawal diri.

Ketagihan, memang saya ketagih. Hampir setiap hari rasanya tidak senang duduk, makan, minum hanya teringatkan ketagihan ini. Ketagihan yang mungkin biasa pada orang lain tetapi luar biasa bagi saya. Apa ya, yang menyebabkan saya ketagih?

Inilah punca segala-galanya. Ketagih saya pada satu laman yang berunsurkan perkhidmatan Jalinan perhubungan secara maya atau lebih dikenali sebagai Public Relation Affair. Dengan hanya ingin mencuba-cuba, akhirnya teperangkap juga.

Laman http://www.tagged.com/ punca segala-galanya. Sebenarnya myspace, tagged, friendster, Fanbox, Pagi dan banyak lagi perkhidmatan sosial ini disediakan secara online. kebanyakannya lebih popular dikalangan remaja di mana mereka lebih suka bersosial berbanding laman-laman web yang lain kerana di sini mereka boleh mencari dan menambah kawan, berkongsi-kongsi maklumat, bertukar pandangan dan tidak ketinggalan juga yang mencari pasangan.

Ini memang dapat dibuktikan kerana zaman sekarang ni sudah pun wujud cinta cyber dimana mereka yang bercinta dan berkahwin melalui hubungan daripada dunia internet. Sudah majukan berbanding dahulu berhubung hanya menggunakan surat sahaja. Tidak kurang juga mereka yang menggunakan perkhidmatan sosial ini untuk tujuan yang salah seperti membuat fitnah, mencari populaliti secara murah dan sebagainya. Hari ini myspace, tagged mahupun friendster sudah menjadi salah satu laman web gergasi yang setanding dengan mana-mana laman web yang menduduki kedudukan yang terbaik didunia. Agak susah untuk mencapai kedudukan ini kerana terdapat berjuta-juta laman web yang beroperasi hari demi hari.


Sesetengah orang hanya mengenali Tagged adalah ruang mencari kawan dan tidak kurang juga yang hanya mengenali nama dan menggunakannya sahaja tetapi tidak mengenali sepenuhnya apa itu perkhidmatan yang disediakan oleh tagged ini. Tagged merupakan sebuah laman web rangkaian sosial dan ia dibangunkan untuk memberikan perkhidmatan kepada penggunanya untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain seperti di dalam negara ataupun diluar negara, membenarkan mencari rakan dari serata dunia, bertukar-tukar maklumat dan pendapat, dan membenarkan penggunanya mengenali lebih rapat dengan dunia internet. Bagi mereka yang buta IT jika bermain dengan tagged pasti akan pakar satu hari nanti kerana di sini akan diberikan kelonggaran untuk membina profile sendiri dengan kod HTML dan CSS dimana pengguna boleh mencantikkan lagi profile masing-masing.

Penyalahan gunaan perkhidmatan sistem sosial online ini sebenarnya semakin parah terutamanya di kalangan remaja, Namun masa kini, bukan golongan remaja sahaja yang menggunakannya, malah golongan dewasa juga semakin bertambah dari hari ke hari. Ianya tidak dihadkan kepada mereka yang bujang sahaja, namun bagi mereka yang sudah berkeluarga juga tidak melepaskan peluang menggunakan perkhidmatan sosial ini.

Hari ini, perkhimatan sosial ini cukup popular di kalangan rakyat Malaysia dan semakin merebak seperti wabak jika ianya digunakan dengan MySpace ini dengan cara yang salah. Di akhbar dan berita, kisah tentang penyalahgunaan perkhidmatan sosial ini telah membawa padah kepada seorang gadis yang telah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa lelaki setelah berkenalan di MySpace dan penyebaran fitnah mengenai gambar-gambar lucah berunsurkan ugutan. Bila lihat sahaja pada Profile-profile di tagged ataupun myspace, kelihatan pelbagai ragam manusia yang mempamerkan kehebatan mereka. Antaranya menayangkan tubuh badan, membuat reaksi lucah, dan sebagainya untuk menarik perhatian pengguna yang lain.

Jika membaca dan mendengar sahaja, mungkin kita kurang percaya jika kita tidak mengalaminya sendiri. Dan di sini saya akan menceritakan satu percatu peristiwa yang saya sendiri alami dan ianya satu pengalaman yang amat berharga yang akan saya kongsikan bersama anda. Tunggu pendedahan exklusif saya nanti..........