Wednesday, November 18, 2009

Antara Cawan Kaca dan Cawan Kertas.

Salam Kawan-kawan Kak Arina,

Hari ini Kak Arina ingin kongsikan satu rasa dalam diri yang Kak Arina fikir sangat penting dalam kehidupan kita untuk kita amatinya bersama.

Di satu majlis sambutan rumah terbuka yang Kak Arina hadiri, Kak Arina bertemu semula dengan rakan-rakan lama yang masing2 sudah mempunyai kerjaya dan sibuk menceritakannya kebanggaan diri hasil kejayaan yang dimiliki. Pada majlis tersebut, ada satu deretan cawan kopi yang mungkin harganya puluhan ringgit satu cawan. dan di hujung sana ada satu deretan cawan kertas. Masing2 tetamu yang hadir akan mengambil cawan yang berukiran klasik dan bersalut kilauan emas. Namun bila tiba pada Kak Arina, Kak Arina ambil cawan kertas. tiba2 seorang kawan menegur dan berkata " buat apa u ambil cawan tu, ambil cawan ni sahaja." dia tolong ambilkan untuk Kak Arina tapi Kak Arina menolak dan berkata padanya " Apa bezakan cawan itu dan cawan ini, sedangkan air yang kita minum itu rasanya, warnanya, manisnya adalah sama." " Ya la, tapi u tak nak rasa minum dengan cawan cantik ni ke? dan Kak Arina jawab " cantik itulah yang selalunya akan membinasakan kita. biarlah aku minum dengan cawan ini, sekurangnya2 aku tidak perlu terkilan jika terpaksa membayar satu jumlah wang yang besar jika ianya terhempas ke lantai.Walaupun mungkin tuannya tidak kisah, tapi diri sendiri rasa bersalah. Lagipun aku tidak rugi apa2 kerana aku tetap dapat menikmati rasa yang sama engkau rasaikan."

Fikir2kan lah....

1 comments:

TROLOLOLOLOL said...

tapikan ke kalau pakai cawan kertas tu membazir kertas? dah kena tebang pokok2 semata-mata nak buat cawan... kalau pakai cawan kaca, kita cuma perlu basuh aje... sekadar pandangan