Saya suka penulisan tuan Eko Jalu Santoso kali ini. mengapa ramai orang gagal mencapai kebahagiaan dan kepuasan dalam kehidupan walaupun sudah memiliki harta yang banyak dan perusahaan yang besar. Pada saya matlamat yang salah dan cara yang salah akan memberikan hasil yang salah. Kebanyakan orang gagal mencapai kebahagiaan rohaniah dan jasmaniah kerana meletakkan matlamat yang salah, mereka cuba meletakkan kekayaan itu sebagai matlamat utama dan melakukan apa yang mereka fikirkan sepatutnya dibuat dan bukannya apa yang telah diamanahkan kepada mereka. Kepusatan terhadap wang akan menjadikan mereka tamak kepada wang ringgit yang akan menimbulkan banyak penderitaan. Kisah John D. Rockkefeller orang paling kaya di dunia mungkin boleh dijadikan iktibar. John walaupun merupakan orang paling kaya di dunia namun beliau sering risau dan hanya memikirkan bagaimana untuk melipatgandakan kekayaannya sehinggalah beliau jatuh sakit dan hampir meragut nyawanya. Pada masa tersebut barulah John telah membuat keputusan untuk menjadi dermawan. dari situ John mula mendapat ketenangan dan kebahagian dalam hidupnya. Malah beliau telah menyatakan bahawa jika kita sentiasa bersedia untuk memberi, maka kehiudpan kita akan menjadi lebih bahagia dan bermakna. Tidak semestinya kita memberi wang ringgit. Sebagai manusia, kita harus bersedia memberikan apa saja sumbangan sama ada dorongan, motivasi, sempati dan pemahaman terhadap setiap manusia yang memerlukan bantuan kita. Dan saya percaya bahawa setiap hak disertai suatu tanggungjawab, setiap peluang disertai suatu kewajipan dan setiap yang kita miliki disertai dengan satu tugas. Malah dalam Al-Quran sendiri menyatakan bahawa tugas manusia membantu golongan yang memerlukan dan memanjatkan doa dan pada masa yang sama menghulurkan bantuan. Kita tidak semestinya kaya untuk membantu orang lain. Malah pengemis yang hidup mengemis juga mesti memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan sedekah. Pemberian bagaimana yang perlu kita berikan? Mungkin anda pernah mendengar kisah yang berbunyi " jika kita memberi seekor ikan, maka orang yang lapar akan kenyang hanya sehari, tetapi jika kita mengajar bagaimana memancing ikan, maka orang yang lapar itu akan dapat mengisi kelaparannya setiap hari." |
Monday, September 3, 2007
Apakah Pilihan Hidup Untuk Mencapai Kebahagiaan
Posted by Elmy at 4:29 AM
Labels: motivasi pagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment