Saya tertarik untuk mengulas artikel dari blog Dr. Ariffaizal bertajuk Falsafah Punca Penyakit kategori Personaliti. Beliau banyak menerangkan tentang pengaruh sistem kesimbangan badan dan organ dalam membentuk personaliti. Penulisan artikel beliau banyak menyentuh teori fizik dan prinsip keseimbangan. Disebabkan penulisan beliau sangat berhubung rapat dengan psikologi personaliti, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengulas artikel beliau yang pada saya agak menarik untuk dikongsikan bersama anda. Bidang kajian personaliti ini adalah bidang menarik dalam psikologi yang pernah saya belajar di Universiti. Banyak teori-teori tentang personaliti di bincangkan oleh para ilmuan dunia sama ada menurut perspektif Islam, Timur dan Barat. Rata-rata ahli psikologi bila sebut personaliti mereka akan melihat dari dua aspek iaitu diri individu dan perbezaan antara individu dengan individu lain. Kajian tentang kenapa setiap manusia di muka bumi ini mempunyai personaliti yang berbeza banyak dilakukan. Sigmund Freud pakar psilokogis yang pertama mengkaji tentang personaliti banyak menekankan pengaruh id, ego dan superego dalam membentuk seseorang individu. Malah mengikut beliau pengaruh minda di bawah sedar memberi impak yang besar dalam menilai personaliti seseorang. Carl Jung pula mencipta teori personaliti berkenaan dengan tabiat manusia yang banyak dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak dan ramalan masa depan. Kedua-dua tokoh ini tidak menafikan ujudkan pengaruh keturunan dan pengalaman warisan dalam personaliti individu. Tokoh Ilmuan Islam kita Imam Al Ghazali pula memperjelaskan tentang pengaruh akal, jiwa dan lapisan tubuh dalam membentuk personaliti insan. Imam Al Ghazali menghuraikan dengan begitu terperinci peranan setiap organ dalam badan yang dapat mempengaruhi personaliti manusia, malah beliau juga menyarankan pentingnya pemakanan rohaniah dan jasmaniah dalam menjaga hati, jantung, akal, perut dan anggota yang lain. Penyakit-penyakit seperti hasad dengki, marah, dendam datangnya dari hati, tamak, malas, pendek akal datangnya dari perut dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kebanyakannya dihuraikan oleh iman Al Ghazali dalam Bimbingan Mukmin. Dr. Ariffaizal telah menghuraikan kajian ilmiah ini dengan lebih terperinci dalam penulisan beliau dan kajian beliau mudah difahami dengan menyertakan jadual dan rajah yang memudahkan pembaca. Contohnya beliau menerangkan tentang organ-organ di kepala. Menurut beliau mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Keterangan beliau dapat dilihat di pada Jadual di blog beliau. Blog Dr. Ariffaizal. Dr. Ariffaizal menyatakan bahawa tubuh badan kita selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor. Kenyataan Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau telah membuktikan pengaruhi besar lapisan tubuh dalam membentuk personaliti menurut ilmuan islam kita Imam Al Ghazali. Walaupun Iman Al Ghazali tidak memperjelaskan secara terperinci mengikut teori fizik dan kesimbangan tentang sistem organ dan pengaruhnya kepada personaliti, malah kenyataan beliau sudah cukup membuktikan bahawa setiap lapisan tubuh kita memang memainkan peranan membentuk personaliti individu. Dalam Al Quran banyak ayat yang diturunkan tentang personaliti ataupun lebih dikenali sebagai akhlak. Dalam Islam personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah ataupun akhlak. Akhlak dalam islam dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Akhlak juga boleh diertikan sebagai budi pekerti, kedua-duanya merangkumi dimensi zahir dan batin. Nabi Muhammad pernah bersabda “ Andainya hati lelaki itu khusyuk, tentu seluruh anggotanya turut khuyuk.” Begitulah hubungannya antara zahir dan batin. Kaitan antara organ dan persanliti juga disebut oleh Rasullullah dengan menyatakan “Di dalam rongga anak Adam itu terdapat seketul daging, Sekiranya buruk daging itu, buruklah jasadnya. Ketahuilah, daging itu adalah hati.” Terdapat banyak ayat Al Quran menceritakan tentang hubungan organ dan personaliti individu, antaranya surah Al Baqarah ayat 10 bermaksud “ Dalam hati-hati mereka ada penyakit, maka Tuhan tambahkan penyakit mereka dan bagi mereka seksaan pedih dengan sebab mereka dustakan.” Apa yang menarik dalam penulisan Dr. Ariffaizal adalah beliau telah mengabungkan beberapa teori personaliti yang mempunyai persamaan dalam artikel beliau. Penulisan beliau tentang personaliti banyak dikaitankan dengan teori personaliti Islam. Namun begitu beliau juga ada menyentuh tentang teori kesimbangan yang telah dikaji dengan begitu meluas oleh Carl Jung ilmuan barat, di mana beliau telah menghuraikan 3 prinsip pembentukan personaliti iaitu prinsip kesimbangan, prinsip entropi dan prinsip pertentangan. Prinsip-prinsip ini juga diterangkan oleh Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau. Namun begitu Dr. Arifaizal tidak menafikan peranan warisan, genatik dari ibubapa juga mempengaruhi akhlak individu terutamanya kanak-kanak kecil. Penulisan Dr. Ariffaizal tentang Falsafah Punca Penyakit banyak menyedarkan kita tentang betapa pentingnya setiap organ dan pengaruhnya terhadap keraktor individu. Pembahagian 4 anggota badan yang dihuraikan oleh beliau boleh dijadikan panduan kepada kita dalam mengenal budi perkerti dan akhlak . |
Tuesday, November 20, 2007
Kaitan Organ dengan Personaliti.
Posted by Elmy at 5:56 PM 3 comments
Labels: motivasi pagi
Tuesday, November 13, 2007
6 Persoalan Hidup
Kadang-kadang kita selalu bertanya tentang persoalan hidup dalam kehidupan kita. Namun berapa orangkah yang benar-benar memikirkan setiap jawapan bagi persoalan dalam kehidupan mereka. Apabila jawapan bagi setiap persoalan tidak diambil berat maka kita akan kehilangan fokus dalam melakukan pelbagai kegiatan dalam kehidupan seharian, bila perkara ini berlaku, kita mula mencari semula hala tuju dan mengulangi semula perkara yang sedang kita lakukan. Apakah langkah yang perlu kita ambil agar dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik serta menjalani kehidupan dengan lebih bermakna. Soalan di bawah akan membantu anda mengukuhkan tumpuan dan fokus dalam melaksanakan tugas dengan baik, apa yang perlu anda lakukan, apa yang anda ingin lakukan dan merasa gembira melakukannya. Persoalan pertama ialah apakah perkara yang lebih penting sekarang dan sedang menganggu fikiran ketika ini? Tanyalah pada diri dan hati anda dan ujudkan ruang untuk mendengar kata hati. Hanya apabila kita menyedari keutamaan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu barulah kita akan berasa lebih selesa. Persoalan kedua ialah apakah perkara yang benar-benar ingin anda lakukan, tanya pada diri anda, adakah ini yang anda mahu? Jika jawapannya tidak, tanya diri anda mengapa anda lakukan dan cari jalan untuk menghentikannya segera. Banyak masa dibazirkan dan tenaga dihabiskan hanya kerana kita melakukan perkara yang kita tidak kehendaki. Buatlah sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan kenalpasti keinginan anda dan gantikannya dengan apa yang anda mahu dalam hidup anda sekarang. Dengan menjawab soalan ini akan membantu anda mencapai dan merealisasikan peluang untuk lebih berjaya dalam kehidupan. Persoalan ketiga yang perlu difikirkan ialah, apa yang anda rasa apabila melakukan apa yang anda inginkan? Jika apa yang dilakukan sekarang tidak memberikan apa-apa nilai dalam kehidupan dan perasaan anda ketika itu, mungkin anda berada di lorong yang salah. Kenapa? kerana kejayaan yang anda kecapi itu hanya sekali dan ianya akan berlalu begitu sahaja. Perjalanan hidup untuk mencapai matlamat adalah satu pengalaman yang amat bermakna, jika anda tidak melaksanakannya dengan baik maka ianya merupakan satu pengalaman paling buruk dalam hidup anda. Benarkan diri anda melakukan perkara yang mengembirakan dan anda akan hidup dengan penuh inspirasi. Keempat, apakah gambaran yang anda inginkan dalam kehidupan anda akan datang, atau dengan kata lain, apakah impian anda untuk kehidupan akan datang? Jika jawapannya tidak pasti dan kabur maka anda membenarkan masa berlalu begitu sahaja meninggalkan anda. Jawapan pada persoalan ini akan membenarkan anda mencari titik tolak dalam membuat keputusan dalam kehidupan anda untuk masa akan datang. Matlamat yang dirancang dan tindakan yang dilakukan akan memandu anda menuju ke arah gambaran yang anda inginkan. Persoalan kelima, Apa yang perlu saya lakukan? Buat satu list tentang perkara-perkara yang utama dalam kehidupan anda dan ingin anda lakukan. Susun perkara-perkara tersebut mengikut keutamaan. Bagaimana mengetahui apa perkara yang menjadi keutamaan anda, jawab soalan 1 hingga 4 di atas untuk mengenalpasti perkara paling utama dalam hidup anda. Dan akhir sekali persoalan keenam, Apa yang perlu saya lakukan? Tulis langkah-langkah yang diperlukan untuk merealisasikan impian dan matlamat anda. Tips terbaik ialah dengan memberi tumpuan kepada satu atau dua perkara yang anda listkan. Jangan cuba melakukan semua perkara serentak. Beri diri anda pelung untuk bekerja dengan bijaksana bukan bekerja kuat untuk mencapainya. Dengan menjawab persoalan ini akan memberikan anda satu inspirasi untuk anda bertindak. Impian tanpa sebarang tindakan, sia-sia. Beri peluang kepada diri anda untuk membina kehidupan yang anda impikan dengan penuh kegembiraaan dan penuh semangat. Ambil masa anda untuk membuat refleksi semula setiap jawapan terhadap persoalan yang telah dijawab, dengan demikian anda dapat meletakkan diri kepada perkara-perkara yang benar-benar anda mahukan dalam kehidupan anda. |
Posted by Elmy at 4:55 PM 0 comments
Labels: motivasi pagi
Thursday, November 8, 2007
Bernafas dan keupayaannya.
Posted by Elmy at 3:51 PM 1 comments
Labels: kesihatan
Friday, November 2, 2007
10 question to be asked
I’ve been tagged by wanorizan through my blog http://arina-kedaikopi.blogspot.com/. |
Posted by Elmy at 6:07 PM 2 comments
Labels: Good message to my friends