Tuesday, November 20, 2007

Kaitan Organ dengan Personaliti.

Saya tertarik untuk mengulas artikel dari blog Dr. Ariffaizal bertajuk Falsafah Punca Penyakit kategori Personaliti. Beliau banyak menerangkan tentang pengaruh sistem kesimbangan badan dan organ dalam membentuk personaliti. Penulisan artikel beliau banyak menyentuh teori fizik dan prinsip keseimbangan.

Disebabkan penulisan beliau sangat berhubung rapat dengan psikologi personaliti, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengulas artikel beliau yang pada saya agak menarik untuk dikongsikan bersama anda. Bidang kajian personaliti ini adalah bidang menarik dalam psikologi yang pernah saya belajar di Universiti. Banyak teori-teori tentang personaliti di bincangkan oleh para ilmuan dunia sama ada menurut perspektif Islam, Timur dan Barat. Rata-rata ahli psikologi bila sebut personaliti mereka akan melihat dari dua aspek iaitu diri individu dan perbezaan antara individu dengan individu lain.

Kajian tentang kenapa setiap manusia di muka bumi ini mempunyai personaliti yang berbeza banyak dilakukan. Sigmund Freud pakar psilokogis yang pertama mengkaji tentang personaliti banyak menekankan pengaruh id, ego dan superego dalam membentuk seseorang individu. Malah mengikut beliau pengaruh minda di bawah sedar memberi impak yang besar dalam menilai personaliti seseorang. Carl Jung pula mencipta teori personaliti berkenaan dengan tabiat manusia yang banyak dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak dan ramalan masa depan. Kedua-dua tokoh ini tidak menafikan ujudkan pengaruh keturunan dan pengalaman warisan dalam personaliti individu.

Tokoh Ilmuan Islam kita Imam Al Ghazali pula memperjelaskan tentang pengaruh akal, jiwa dan lapisan tubuh dalam membentuk personaliti insan. Imam Al Ghazali menghuraikan dengan begitu terperinci peranan setiap organ dalam badan yang dapat mempengaruhi personaliti manusia, malah beliau juga menyarankan pentingnya pemakanan rohaniah dan jasmaniah dalam menjaga hati, jantung, akal, perut dan anggota yang lain. Penyakit-penyakit seperti hasad dengki, marah, dendam datangnya dari hati, tamak, malas, pendek akal datangnya dari perut dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kebanyakannya dihuraikan oleh iman Al Ghazali dalam Bimbingan Mukmin.

Dr. Ariffaizal telah menghuraikan kajian ilmiah ini dengan lebih terperinci dalam penulisan beliau dan kajian beliau mudah difahami dengan menyertakan jadual dan rajah yang memudahkan pembaca. Contohnya beliau menerangkan tentang organ-organ di kepala. Menurut beliau mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Keterangan beliau dapat dilihat di pada Jadual di blog beliau. Blog Dr. Ariffaizal.
Dr. Ariffaizal menyatakan bahawa tubuh badan kita selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor. Kenyataan Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau telah membuktikan pengaruhi besar lapisan tubuh dalam membentuk personaliti menurut ilmuan islam kita Imam Al Ghazali. Walaupun Iman Al Ghazali tidak memperjelaskan secara terperinci mengikut teori fizik dan kesimbangan tentang sistem organ dan pengaruhnya kepada personaliti, malah kenyataan beliau sudah cukup membuktikan bahawa setiap lapisan tubuh kita memang memainkan peranan membentuk personaliti individu.

Dalam Al Quran banyak ayat yang diturunkan tentang personaliti ataupun lebih dikenali sebagai akhlak. Dalam Islam personaliti dimaksudkan sebagai sahsiah ataupun akhlak. Akhlak dalam islam dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Akhlak juga boleh diertikan sebagai budi pekerti, kedua-duanya merangkumi dimensi zahir dan batin. Nabi Muhammad pernah bersabda “ Andainya hati lelaki itu khusyuk, tentu seluruh anggotanya turut khuyuk.” Begitulah hubungannya antara zahir dan batin. Kaitan antara organ dan persanliti juga disebut oleh Rasullullah dengan menyatakan “Di dalam rongga anak Adam itu terdapat seketul daging, Sekiranya buruk daging itu, buruklah jasadnya. Ketahuilah, daging itu adalah hati.” Terdapat banyak ayat Al Quran menceritakan tentang hubungan organ dan personaliti individu, antaranya surah Al Baqarah ayat 10 bermaksud “ Dalam hati-hati mereka ada penyakit, maka Tuhan tambahkan penyakit mereka dan bagi mereka seksaan pedih dengan sebab mereka dustakan.”

Apa yang menarik dalam penulisan Dr. Ariffaizal adalah beliau telah mengabungkan beberapa teori personaliti yang mempunyai persamaan dalam artikel beliau. Penulisan beliau tentang personaliti banyak dikaitankan dengan teori personaliti Islam. Namun begitu beliau juga ada menyentuh tentang teori kesimbangan yang telah dikaji dengan begitu meluas oleh Carl Jung ilmuan barat, di mana beliau telah menghuraikan 3 prinsip pembentukan personaliti iaitu prinsip kesimbangan, prinsip entropi dan prinsip pertentangan. Prinsip-prinsip ini juga diterangkan oleh Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau. Namun begitu Dr. Arifaizal tidak menafikan peranan warisan, genatik dari ibubapa juga mempengaruhi akhlak individu terutamanya kanak-kanak kecil.

Penulisan Dr. Ariffaizal tentang Falsafah Punca Penyakit banyak menyedarkan kita tentang betapa pentingnya setiap organ dan pengaruhnya terhadap keraktor individu. Pembahagian 4 anggota badan yang dihuraikan oleh beliau boleh dijadikan panduan kepada kita dalam mengenal budi perkerti dan akhlak .

3 comments:

Anonymous said...

Salam Kak Arina,

Menarik sekali penulisan Kak Arina.

Saya beberapa kali membaca post ini.

Unknown said...

Kak Arina, or cikgu Arina,

Well said. I like the post. Well, what else can I expect from those who teach people to become doctors, engineers and what not eh?

I accidently saw you in MyBlogLog and luckily made my first step here to find out that this kedai kopi rocks! Guess i wont learn a thing or two here but thousands(",).

Do expect me to frequent your turf(",).

Good day.

Elmy said...

Terima kasih Aizat, tak sangka ada juga yang minat membaca artikel ilmiah ni.