Setiap makluk yang bernyawa semuanya akan bernafas, bernafas adalah satu proses semulajadi dan berlaku secara automatik tetapi kebanyakkan daripada kita hanya menggunakan 20% kapisiti dalam penafasan mereka (10% untuk kapasiti otak dan tiada siapa yang tahu berapa banyak kapisiti digunakan untuk jantung) Bagaimana kita dapat menggunakan 80% lagi kapasiti penafasan kita?
Peningkatan penggunaan kapisiti penafasan dapat membantu kita menguatkan sistem imunisasi badan, menambahkan kadar metabolisma (yang mana boleh membantu menguruskan badan), mengimbangkan tekanan darah, membersihkan tubuh dan membuang toksid, pengggunaan oksigen dalam badan yang lebih effisyen untuk meningkatkan kesihatan, meningkatkan penggunaan oksigen dalam otak bagi memantapkan minda, meningkatkan kapisiti paru-paru, memperbaiki konsentrasi dan mengimbangkan emosi.
Mempelajari serta mempraktikkan penafasan yang betul akan mengubah kualiti hidup anda. Antara teknik pernafasan yang boleh dipraktikkan adalah : 1] Menarik nafas dari hidung dan keluar nafas melalui hidung juga dapat mengatasi masalah gemuruh. 2] Menarik nafas dari hidung dan keluar melalui mulut dapat menurunkan perasaan marah. 3] Menarik nafas dari mulut dan keluar melalui hidung dapat meningkatkan sel otak dan untuk mendapat idea-idea. 4] Menarik nafas dari mulut dan keluar melalui mulut juga dapat mengurangkan kesakitan yang dialami.
Mengamalkan teknik penafasan dalam meditasi Salah satu rawatan tenaga yang sering dilakukan olah pengamalan perubatan ta disional ialah meditasi. Ada pelbagai teknik medaitasi yang digunakan, namun saya akan mengajar anda satu teknik meditasi bagi mengawal dan mengimbangkan sistem penafasan yang betul. Ini merupakan teknik dasar untuk mencapai kekuatan dalam tubuh.
8 Tips Teknik Meditasi 1. Sebagai permulaan sebelum meditasi, anda harus sedar keluar masuknya penafasan dari hidung. 2. Duduklah dalam posisi punggung tegak lurus tetapi santai. 3. Kendurkan semua otot tubuh secara mental. 4. Bernafaslah dengan wajar tanpa dipaksakan, seperti saat anda bernafas dalam kehidupan sehari-hari. 5. Sedarilah keluar masuknya nafas yang sedang anda lakukan. Sedari bahawa anda sedang menarik nafas pada saat anda menarik nafas, begitu pula pada saat anda mengeluarkan nafas sedarilah bahwa anda sedang mengeluarkan nafas. 6.Teruslah menyedari keluar masuknya nafas sehingga tercipta ketenangan fikiran dengan sendirinya. 7. Lakukan selama mungkin yang anda perlukan ikut keupayaan anda sendiri. Sebaik-baiknya 15 hingga 30 minit sekali. 8. Praktikkan selalu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, Ini amat penting bagi membantu dalam proses penyembuhan dalaman.
Kelebihan Mengamalkan Meditasi ini ialah : 1. Membuat seseorang lebih segar dan tetap sihat. 2. Pencegahan diri dan pelbagai penyakit fizikal, emosi, dan mental. 3. Menghilangkan stress, kemurungan, kesakitan dan ketenangan. 4. Menghilangkan perasan-perasan negatif. 5. Mencergaskan otak serta memantapkan minda bagi membantu dalam menyelesaikan tugasan kehidupan sehari-hari. 6. Meningkatkan kesedaran dan kualiti hidup. 7. Memperhalus kulit dan awet muda. Praktikkan teknik pernafasan yang betul agar anda dapat memanfaat penggunaan oksigen dengan tahap yang maksima dalam proses penafasan. Perubahan yang ketara yang dapat anda rasai ialah kehidupan lebih tenang, tenaga bertambah, emosi stabil dan kesihatan semakin baik. Insyakallah....... |
1 comments:
Wow!! Artikel ni memang padat dan sarat.
Tak rugi la membaca artikel yang sebegini..
Post a Comment