Tuesday, November 13, 2007

6 Persoalan Hidup

Kadang-kadang kita selalu bertanya tentang persoalan hidup dalam kehidupan kita. Namun berapa orangkah yang benar-benar memikirkan setiap jawapan bagi persoalan dalam kehidupan mereka. Apabila jawapan bagi setiap persoalan tidak diambil berat maka kita akan kehilangan fokus dalam melakukan pelbagai kegiatan dalam kehidupan seharian, bila perkara ini berlaku, kita mula mencari semula hala tuju dan mengulangi semula perkara yang sedang kita lakukan. Apakah langkah yang perlu kita ambil agar dapat melaksanakan sesuatu tugas dengan baik serta menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.
Soalan di bawah akan membantu anda mengukuhkan tumpuan dan fokus dalam melaksanakan tugas dengan baik, apa yang perlu anda lakukan, apa yang anda ingin lakukan dan merasa gembira melakukannya. Persoalan pertama ialah apakah perkara yang lebih penting sekarang dan sedang menganggu fikiran ketika ini? Tanyalah pada diri dan hati anda dan ujudkan ruang untuk mendengar kata hati. Hanya apabila kita menyedari keutamaan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu barulah kita akan berasa lebih selesa.

Persoalan kedua ialah apakah perkara yang benar-benar ingin anda lakukan, tanya pada diri anda, adakah ini yang anda mahu? Jika jawapannya tidak, tanya diri anda mengapa anda lakukan dan cari jalan untuk menghentikannya segera. Banyak masa dibazirkan dan tenaga dihabiskan hanya kerana kita melakukan perkara yang kita tidak kehendaki. Buatlah sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan kenalpasti keinginan anda dan gantikannya dengan apa yang anda mahu dalam hidup anda sekarang. Dengan menjawab soalan ini akan membantu anda mencapai dan merealisasikan peluang untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

Persoalan ketiga yang perlu difikirkan ialah, apa yang anda rasa apabila melakukan apa yang anda inginkan? Jika apa yang dilakukan sekarang tidak memberikan apa-apa nilai dalam kehidupan dan perasaan anda ketika itu, mungkin anda berada di lorong yang salah. Kenapa? kerana kejayaan yang anda kecapi itu hanya sekali dan ianya akan berlalu begitu sahaja. Perjalanan hidup untuk mencapai matlamat adalah satu pengalaman yang amat bermakna, jika anda tidak melaksanakannya dengan baik maka ianya merupakan satu pengalaman paling buruk dalam hidup anda. Benarkan diri anda melakukan perkara yang mengembirakan dan anda akan hidup dengan penuh inspirasi.

Keempat, apakah gambaran yang anda inginkan dalam kehidupan anda akan datang, atau dengan kata lain, apakah impian anda untuk kehidupan akan datang? Jika jawapannya tidak pasti dan kabur maka anda membenarkan masa berlalu begitu sahaja meninggalkan anda. Jawapan pada persoalan ini akan membenarkan anda mencari titik tolak dalam membuat keputusan dalam kehidupan anda untuk masa akan datang. Matlamat yang dirancang dan tindakan yang dilakukan akan memandu anda menuju ke arah gambaran yang anda inginkan.

Persoalan kelima, Apa yang perlu saya lakukan? Buat satu list tentang perkara-perkara yang utama dalam kehidupan anda dan ingin anda lakukan. Susun perkara-perkara tersebut mengikut keutamaan. Bagaimana mengetahui apa perkara yang menjadi keutamaan anda, jawab soalan 1 hingga 4 di atas untuk mengenalpasti perkara paling utama dalam hidup anda.

Dan akhir sekali persoalan keenam, Apa yang perlu saya lakukan? Tulis langkah-langkah yang diperlukan untuk merealisasikan impian dan matlamat anda. Tips terbaik ialah dengan memberi tumpuan kepada satu atau dua perkara yang anda listkan. Jangan cuba melakukan semua perkara serentak. Beri diri anda pelung untuk bekerja dengan bijaksana bukan bekerja kuat untuk mencapainya. Dengan menjawab persoalan ini akan memberikan anda satu inspirasi untuk anda bertindak. Impian tanpa sebarang tindakan, sia-sia. Beri peluang kepada diri anda untuk membina kehidupan yang anda impikan dengan penuh kegembiraaan dan penuh semangat.

Ambil masa anda untuk membuat refleksi semula setiap jawapan terhadap persoalan yang telah dijawab, dengan demikian anda dapat meletakkan diri kepada perkara-perkara yang benar-benar anda mahukan dalam kehidupan anda.

0 comments: