Wednesday, December 26, 2007

SIMBOL WARNA DAN RITUAL

Manusia selalu menganggap warna mempunyai simbol yang besar dan ada unsur keagamaan. Bagi manusia yang pertama wujud di bumi,warna bagi siang dan malam semuanya adalah penting.

Ketika siang hari,nenek-moyang kita boleh berburu dan melindungi diri mereka daripada musuh, jadi merahnya bumi dan kuningnya matahari mensimbolkan kehidupan, manakala biru-hitam pada malam hari berkaitan dengan keadaan pasif dan sunyi.

Kegelapan juga menakutkan dan merbahaya,warna terlalu gelap dikaitkan dengan kematian.Bagi sesetengah masyarakat,beberapa warna mempunyai kepentingan yang khusus.

Kehormatan sosial dan status ditandai oleh keseragaman warna di zaman Greek purba.Saintis seperti Empedocles dan ahli fizik Paracelus pada zaman Renaissance, juga berpendapat warna merupakan jiwa bagi kehidupan dan akar bagi kesemua yang wujud; EMPAT elemen seperti Bumi, Angin, Api, dan Air diberikan masing-masing warna kuning, hitam, merah dan putih. Akhirnya ramai artis dan ahli falsafah telah menghasilkan kualiti spiritual pada warna . warna tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi hanya boleh dilihat dengan pandangan dalaman sebagai “third eyes’ (mata ketiga) yang terbuka.Putih dikaitkan dengan kebijaksanaan,kuning dikaitkan dengan semangat,dan biru dikaitkan dengan gerak hati.

Merah
Berdasarkan tradisi orang Hebrew, nama Adam (manusia pertama), bermaksud “merah” ataupun “hidup”,dan hingga kini,dalam beberapa bahasa Slovic, merah melambangkan “kehidupan” ataupun “kecantikkan”.Bagi orang Egypt purba, merah merupakan warna Ra,Tuhan Matahari,dan seterusnya pada zaman Roman,ianya(merah) dikaitkan dengan Mars,Tuhan Peperangan. Sehingga kini,merah masih lagi dikaitkan dengan peperangan; merah dan hitam pernah diambil sebagai warna bagi Revolusi Rusia dan seterusnya pada tahun 1930-an diambil oleh Nazi di Jerman.


Jingga dan kuning
Jingga merupakan warna bagi cinta dan kebahagiaan bagi orang Cina dan Jepun,manakala jingga bagi sami-sami Buddha mewakili kerendahan hati. Dalam sesetengah gambaran seperti Garden of Eden,jingga/oren atau lebih tepatnya sebiji epal ditunjukkan pada Tree of Knowledge (Pokok Ilmu).Bagi orang Hindu dan juga Cristian,warna kunig melambangkan kehidupan dan kebenaran.


Hijau
Dalam kedua-dua tradisi masyarakat Eropah dan Cina,hijau berkait rapat dengan musim bunga dan pertumbuhan yang baru.Hijau juga mewakili semangat dan kesuburan alam semulajadi,memberikan Northern Europe (Eropah utara) mitologi tentang Green Man,manakala bagi Greek purba ianya merupakan warna Venus,Tuhan Segala Cinta.Islam juga menganggap warna hijau sebagai yang menggambarkan kebesaran Allah yang mengwujudkan alam semulajadi yang subur dan hijau; jadi hijau merupakan warna suci. Dalam kristian St John menyaluti Jesus Christ dengan warna hijau, dan hijau adalah warna suci kristian


Biru
Ini adalah warna yang diberikan kepada Maria, yang popular dikalangan penganut katolik Eropah dikenali sebagai ‘Permaisuri Syurga,’ digambarkan memakai jubah berwarna biru melalui penampilannya. Menurut mitologi masyarakat Yunani dan Rom pula, dewa-dewa langit seperti Jupiter, Juno dan Mercury dikatakan mempunyai kaitan dengan warna biru. Dalam Kitab Lama masyarakat Yahudi, Tuhan yang Esa juga digambarkan dengan warna biru. Warna biru atau hijau kebiruan dalam agama Islam melambangkan agama itu sendiri berserta masyarakatnya dan warna-warna ini biasa digunakan sebagai hiasan untuk masjid. Warna biru juga merupakan simbol kedamaian, kebenaran serta kerjasama dan digunakan dalam bendera bangsa-bangsa bersatu dan merupakan warna latar bagi bendera orang-orang Eropah.

Ungu
Warna ungu biasanya dikaitkan dengan keagungan dan kerohanian. Raja-raja dan para pendeta memakai jubah berwarna ungu. Ini disebabkan, pada zaman dahulu, hanya golongan kaya sahaja yang mampu memiliki pencelup pakaian berwarna ungu yang mahal ini.Telah menjadi satu kelaziman membalut bayi yang baru dilahirkan menggunakan kain yang berwarna ungu untuk memperolehi kemakmuran dan kejayaan.

Hitam
Warna ini ialah warna bagi planet Saturn. Warna ini juga adalah warna bagi Dewa Pertanian masyarakat Rom yang mengadakan perayaan mereka pada pertengahan musim sejuk tetapi kemudiannya telah diubah menjadi hari natal. Pada zaman purba Mesir, warna ini adalah warna Dewi Perawan Hitam iaitu Isis yang menjadi lambang kesuburan Sungai Nil. Masyarakat Mesir zaman dahulu juga menganggap kucing yang berwarna hitam adalah suci. Kepercayaan ini kemudiannya telah dibawa ke Eropah.

Putih
Warna putih ialah warna untuk bulan. Pada zaman kegemilangan Rom, China dan India, ianya merupakan warna kematian. Tradisi bagi pengantin perempuan memakai pakaian putih pada hari perkahwinan mereka dikatakan berasal daripada Yunani purba. Rumah berhala yang diberikan khas kepada Dewi Athena, telah dicipta daripada batu marmar berwarna putih dan ini menunjukkan warna putih juga adalah sebagai tanda kesucian.
Info
Kini warna juga digunakan untuk perawatan moden dan tradisional, penggunaan warna dalam perwatan tidak boleh dinafikan lagi, Perubatan saintifik di hospital juga menggunakan perawatan kaedah warna cahaya dalam menyembuhan pelbagai penyakit, seperti infra red, ultra unggu dan lain-lain, dalam rawatan tradisional pula, warna-warna pada bunga dan sumber alam digunakan sebagai satu alternatif rawatan meningkatkan tenaga dan semangat. Kaedah rawatan CVT salah satu ratawan yang menggunakan warna sebagai therapy.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum cikgu..

Luth said...

Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati serta berterima kasih kepada Kak Arina kerana berkongsi artikel yang cukup hebat ni..

Seronok baca, sarat dengan poin2 tertentu..

waliz said...

nice info ...:D

tak sangka pulak warna ada mengandungi maksud 2 tertentu...