Wednesday, December 5, 2007

Watak Anda Personaliti Anda

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang satu lagi topik yang sangat menarik dan perlu kita ketahui jika ingin memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih cemerlang dan gemilang. Apa yang ingin saya kongsi adalah tentang sikap dan watak individu dan pengaruhnya dalam kehidupan manusia.

Sama ada kita sedar atau tidak, sebenarnya perwatakan dan sikap banyak menentukan cara hidup serta personaliti seseorang individu. Kebanyakan ahli psikologis bersetuju bahawa watak dan personaliti seseorang mempengaruhi kecemerlangan mahupun kegagalan dalam kehidupan individu.

Kajian-kajian yang dilakukan ke atas individu-individu yang berjaya dan berpengaruh seperti ahli politik, ahli perniagaan yang berjaya, pemimpin-pemimpin dan individu lain yang terkemuka menunjukkan mereka ini membawa watak dan sikap yang amat berbeza dengan individu lain.

Ivan Burnell, (1995) seorang ahli korporat dan pakar motivasi barat dalam penulisannya bertajuk "The Power of Positive Doing", mengatakan bahawa kebanyakan individu yang berjaya mempunyai watak dan personaliti yang positif tentang diri mereka. Cara mereka menilai diri mereka, pandangan mereka terhadap diri sendiri dan corak pemikiran mereka yang positif telah membantu mereka mencapai matlamat kendiri. Dan Ivan Burnell menyatakan bahawa untuk menghasilkan personaliti yang cemerlang ialah setiap individu perlu menghormati diri kita serta menganggap bahawa diri kita adalah penting. Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi.


Bagi mengenali watak dan personaliti kita, Di sini ingin saya kongsikan hasil kajian Havinghurst dan Taba. Dalam kajian mereka, mereka menekan kepada beberapa pola atau profil individu berdasarkan lima pemboleh ubah yang terdiri daripada sifat-sifat peribadi yang dikenal pasti boleh digunakan untuk menentukan jenis watak individu. Hasil daripada ciri-ciri watak invididu yang dikenal pasti ada lima jenis watak (character typology} yang telah diklasifikasikan.



Menurut Havinghurst dan Taba, sahsiah individu berkait rapat denqan tinqkahlakunya. Jenis watak yang dimiliki menjadi pengukur masvarakat terhadap peribadi seseoranq dan watak itu dianqqap sebagai sebahagian daripada personaliti individu vang paling tertakluk kepada penerimaan social. Mereka memberi contoh kejujuran sebagai contoh watak yang dipandang tinggi oleh masyarakat sementara seorang yang tidak jujur dipandang rendah dan mungkin juga dipenjarakan. Bagaimanapun, ada perwatakan seperti suka berjenaka yang tidak mempengaruhi tanggapan masyarakat terhadap individu.


Watak didefinisikan sebagai satu gabungan beberapa ciri atau tret tertentu) dan lima ciri watak dikenal pasti sebagai mewakili watak individu. Lima ciri watak itu digunakan sebagai pengukur reputasi yang mengambil kira hubungan dengan pembolehubah lain seperti kelas sosial. Lima watak tersebut adalah kejujuran tanggungjawab. kesetiaan, keberanian moral dan kemesraan.
Dengan menggunakan pengukur reputasi sebagai indeks perwatakan seseorang individu, Havinghurst dan Taba menemui lima jenis watak, iaitu unadjusted, defiant, submissive, adaptive dan self-directive.

Ingin ketahui anda tergolong dalam watak dan personaliti yang mana? Sila ke laman blog ini. Klik pada Kenali Diri Anda.


1 comments:

etomyam said...

baguih lah info ni, err sampai sekarang saye dok konpius, perwatakan dengan perawakan, ada beza ke? dulu masa sekolah selalu dapat report kad pasal benda2 ni...tak faham.