Warna banyak memainkan peranan dalam kehidupan kita. Alam semulajadi telah mengurniakan kita dengan warna-warna untuk menceriakan lagi fizikal dan rohani kita. Ianya menyumbangkan kepada seluruh sistem badan dengan membekalkan tenaga atau aura yang penuh hikmah, ketenangan jiwa,minda dan emosi dan ianya tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan seharian. Kita secara aktif atau pasif bertindak balas terhadap warna dalam segala tugasan harian kita. Dan mengikut ahli psikologis, Gelombang cahaya warna membawa kesan ke atas kita sepanjang masa dan menembusi sistem kecerdasan kita tidak kira samada kita sedang tidur atau pun kita seorang buta. Kajian Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noh pensyarah UPM banyak melibatkan warna dan personaliti dan hasil kajian beliau telah digunakan dihampir semua universiti dalam bentuk inventori warna. Kajian sains pula banyak melibatkan sinar warna cahaya yang memberi kesan ke atas pertumbuhan, tekanan darah, suhu badan, aktiviti otot, pola tidur dan sistem ketahanan kita. Sinar berwarna ini bukan sahaja membawa kesan ke atas fizikal kita, malah emosi, mood dan mentaliti kita. Sama ada sedar atau tidak, Kita sering mempunyai suatu hubungan secara peribadi terhadap warna. Kita sering memberi diri kita suatu rawatan warna dengan mendedahkan diri kita kepada warna tertentu dalam rumah atau perkarangan rumah. Cuba lihat disekeliling kita, dipenuhi dengan pelbagai warna. Walaupun begitu, reaksi kita terhadap warna tersebut ialah secara tidak sedar dan kita boleh menggunakan kuasa ini untuk memperbaiki kualiti hidup dan kesejahteraan kita.Terdapat banyak cara untuk memperkenalkan warna ke dalam sistem kita. Dalam psikologis, dengan memahami maksud dan kesan-kesan fisiologi dan psikologi yang dibawa oleh warna, kita berupaya memilih warna yang dapat memupuk kemakmuran, kejayaan, pertumbuhan personal, keyakinan diri dan membebaskan tenaganya untuk pakaian, tempat tinggal dan persekitaran kerja anda serta taman bunga. Kita juga boleh mendapatkan tenaga warna yang terdapat dalam makanan dan minuman. Pokoknya, semua orang boleh belajar menggunakan warna untuk mendapatkan lebih kenikmatan dan kepuasan dari hidup. Itulah kenikmatan yang Allah berikan melalui wariasi warna dalam kehidupan manusia, Hanya manusia yang memahaminya akan memanfaatkan kebesaran hikmah Tuhan ini. Akhir sekali, kita boleh menggunakan teknik-teknik perawatan yang melibatkan penggunaan warna untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan pada diri kita. Colour Vibration Therapy yang melibatkan penggunaan warna untuk mengekalkan kesihatan dan keseimbangan pada diri kita. Penggunaan warna untuk merawat bukanlah suatu idea baru. Sebenarnya telah terdapat banyak kaedah kuno yang telah dibangunkan di serata dunia yang melibatkan penggunaan warna dalam perawatan. Colour Vibration Therapy memperkenalkan ilmu ini semula dan para penyelidik warna dan ahli terapi warna kini menggunakan kaedah perawatan yang melibatkan penggunaan warna yang sejajar dengan zaman kini. |
Wednesday, December 12, 2007
Warna Dalam kehidupan
Posted by Elmy at 5:51 PM
Labels: Tips kesihatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment