Hari ini saya sangat gembira kerana penulisan saya tentang intuisi mendapat pandangan dan komentar dari rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih memberikan input yang berguna dan komentar yang bagus. Di bawah ini adalah antara komen dari rakan seperjuangan. |
Friday, August 31, 2007
Sembang-Sembang Tentang Intuisi (Gerak hati)
Posted by Elmy at 10:42 PM 2 comments
Labels: Sembang intuisi
Pertunjukan Bunga Api Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke 50 Tahun
Posted by Elmy at 9:02 PM 1 comments
Labels: Koleksi Video
Kata Dr. Ariffaizal tentang The Law Of Attraction
The Low of Attraction dalam Colour Vibration Therapy yang saya amalkan juga dipanggil "Hukum Keserentakan" dan saya merumuskan dalam "Hukum Keseimbangan". Ia amat berkesan dan besar aplikasinya dalam dunia perubatan alternatif. Aplikasinya dalam Colour Vibration Therapy bukan saja amat berjaya, malah apabila dicuba dalam kehidupan harian juga boleh berjaya. Orang yang gagal memahami The Low of Attraction mungkin tidak memahami erti penyerahan dan tawakkal. Orang yahudi yang mengetengahkan hukum ini kerana mereka menolak islam. Dalam islam, kita perlu berdoa jika berhajat dan Allah amat suka jika kita berdoa dan merayu-rayu kepadanya. |
Posted by Elmy at 8:33 PM 0 comments
Labels: motivasi pagi
Pandangan Adrian tentang Gerak hati (Intuisi)
Akak.. sebenarnya saya sendiri kurang memahami erti daripada Intuisi tersebut mungkin karena ini adalah istilah yang baru. Tapi kalau gerak hati yang spontan itulah yang sering saya alami dan disusul dengan kejadian yang berlawanan dengan gerak hati saya tersebut. Baik.. kalaulah Intuisi ini merupakan gerak hati spontan maka yang saya alami sebelumnya adalah.. pernah suatu masa saya pergi ke masjid untuk sholat subuh di bulan Ramadhan naik basikal. Biasanya basikal itu saya kunci tuk mengelakkan dicuri orang.. sudah beberapa hari berlalu.. sayapun seperti tak mengendahkan lagi rasa curiga pada siapapun. Dan pada suatu subuh berikutnya.. saya sebetulnya nak kunci itu basikal.. tapi seperti ada yang menggerakkan dihati saya.. "tak payahlah inikan masjid.. mana ada pencuri di Mesjid" tapi.. apa yang terjadi malah sebaliknya..selesai sholat basikal saya sudah tak nampak lagi kat tempat parking tersebut. Yang kedua pada tahun 2005 lalu ayah saya sakit kuat..seperti biasa tiap 2 atau 3 hari saya bantu mencukurkan ( to shaving) misai dan janggutnya saya karena beliau tak berdaya.. saya mahukan ayah saya itu selalu tampak bersih dan elok rupanya. Pada suatu hari saya ada niat untuk mencukur itu misai.. dalam hati berkata " biarlah ku cukur misai ini mana tahu esok ia meninggal biar tampak elok dan bersih" tapi seperti tergerak hati saya tuk membatalkan niat saya itu kerana kalaulah saya cukur itu misai bermakna saya mahukan ayah saya itu mati esok dan nampak elok dan bersih.... Tapi kejadiannya berlawanan dengan keinginan saya.. esok paginya ayah saya meninggal... misai dan janggutnya pun tampak kurang bersih.. alangkah menyesalnya hati saya.. so menurut pendapat saya Intuisi ini boleh saja merupakan gerak hati spontan yang akibatnya boleh sesuai dengan gerak hati kita pada saat itu atau boleh sebaliknya. Kalaulah kita selalu mengalami hal2 yang demikian bolehlah kita jadikan sebagai bimbingan/ pedoman untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diinginkan ataupun penyesalan dikemudian hari. Pendapat saya setuju dengan Akak bahawa Intuisi itu merupakan kekuatan kudus yang datangnya dari Allah bukan bisikan datangnya dari hal2 yang ghaib ataupun 6th sense ataupun apa-apalah.. ianya mutlak dari Allah. |
Posted by Elmy at 8:31 PM 0 comments
Labels: motivasi pagi
Thursday, August 30, 2007
50 Tahun Kemerdekaan
Sebenarnya, gembira rasanya menjadi warga Malaysia. 50 tahun kemerdekaan membawa banyak makna dalam jiwa setiap insan yang lahir di bumi yang bertuah ini. Semalam saya pergi melihat pertandingan bunga api kemuncak pertandingan dari Jepun. Sebelum ni dari Italy dan Australia tak pergi tengok walaupun dekat dengan rumah sebab tak berkesempatan. Walaupun hampir 3 jam menunggu dari jam 9 malam hingga 12.00 tengah malam tapi ada sesuatu yang saya belajar. Rupanya kita perlu melihat dunia luar kerana pengalaman banyak membantu kita berfikir dan bertindak dengan lebih rasional dalam sesuatu keadaan. Keindahan bunga api yang memancar tepat jam 12 malam itu sungguh mengagumkan. Saya terfikir sejenak, ini lah keupayaan minda anugerah Allah. Kita dapat mencipta apa saja yang kita inginkan melalui minda yang dianugerahkan asalkan ianya digunakan untuk kepentingan dan kebaikan bersama. Melihat dari sinaran bunga api yang dapat menerangi langit yang gelap itu, saya mula berfikir pada perspektif yang berbeza dari orang lain, mungkin. selain hanya menikmati keindahan kilauan bunga api tersebut. Jiwa saya terdorong untuk menceritakan tentang keindahan cahaya ciptaan Allah itu kepada semua orang. Alangkah baiknya jika usaha saya diumpamakan sekecil percikan bunga api namun dapat menerangi jiwa insan yang dalam kegelapan. Itulah hadiah tertinggi nilainya buat saya meneruskan khidmat ini. Munasabah kah? Tiada perkara yang tidak munasabah dengan bimbingan Allah. Semakin banyak kerja yang dibuat, semakin banyak perkhidmatan yang diberi, semakin banyak masalah yang kita dapat atasi, semakin banyak ganjaran dari Allah yang akan kita perolehi. Insyalallah...Amin |
Posted by Elmy at 10:30 PM 0 comments
Apa kata Shueqry tentang Intuisi
Pagi-pagi ini bila baca comment Shueqry rasa bersemangat pula. Sebenarnya setiap hari saya ternanti-nanti komentar dari beliau kerana pada saya site Shueqry Berkata penuh dengan informasi berguna. Gabungan pelbagai idea yang mantab dengan rujukan pakar motivasi terkenal. Jika anda berkesempatan kunjungilah site Shueqry Berkata dan anda pasti setuju dengan kata-kata saya. Di sini saya paparkan komentar beliau. |
Posted by Elmy at 7:35 PM 2 comments
Labels: Sembang intuisi
Khasiat Kelapa Hijau Dari Pak Aa eman
Kelapa hijau juga bisa dijadikan tonikum alami yangbagus sekali sebagai supplement.Untuk membantu mempercepat proses penyemnbuhan dari banyak gejala penyakit. |
Posted by Elmy at 4:13 AM 0 comments
Labels: Petua
Cikgu Denan... Sihat ?
Assalamualaikum Cikgu Denan, hari ni saya nak cakap pasal cikgu Denan, saya suka bila berhadapan dengan cikgu yang penuh dengan inisiatif dan inovatif dalam kerjanya. Kadang-kadang cikgu berkerja penuh dengan niat yang tinggi mengunung. Bertugas tidak pernah melihat imbuhan yang akan diperolehi tetapi bekerja demi anak bangsa. Pengorbanan yang dicurahkan tak pernah diminta penghargaan. |
Posted by Elmy at 3:52 AM 0 comments
Labels: Pendidikan
Fikir, Fikir jangan tak Fikir
Hari ni sempat membaca blog Mind Control artikelnya bagus terutamanya tentang fungsi mental dan keupayaan mental dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian. Jarang kita menggunakan keupayaan mental. Keupayaan mental jika digunakan hingga mencapai 10% sudah dikira macam Bill Gate. |
Posted by Elmy at 3:26 AM 1 comments
Labels: motivasi pagi
Wednesday, August 29, 2007
Apa Kata Kak Arina
Pagi ini rasa nak sarapan nasi lemak pulak, sebenarnya setahun adalah 2 atau 3 kali makan nasi lemak ni. Tak nak amalkan sebab cepat mengantuk. Kebiasaannya susu segelas dan roti sekeping dah cukup sampai tengahhari. Sambil bersarapan saya membaca suratkhabar. Banyak berita yang menarik tentang kita menang bola dengan Myanmar, gengstar, kebakaran dan pembunuhan amah . Yang menariknya tentang artikel rasuah 262 orang ditahan sepanjang Januari. Saya mula terfikir alangkah baiknya jika negara kita bebas rasuah. Salah siapa anak bangsa kita terlibat dengan rasuah? Kenapa adanya gerak hati untuk menerima rasuah ? Gerak hati dan bisikan itu datangnya dari mana? Gerak Hati, Suara hati dan intuisi sama ke? Saya sudah terfikir untuk menulis tentang pengaruh intuisi dalam kehidupan kita. Sebenarnya banyak juga buku dan rujukan yang saya buat tentang intuisi, Steven Covey dan Jose Silva banyak menerangkan tentang intuisi dalam buku mereka. Pengajian saya di Upm bidang kaunseling juga banyak membahaskannya, pensyarah selalu menyebut tentang intuisi, suara hati, gerak rasa dan pelbagai istilah yang sewaktu dengannya. Terima kasih kepada Dr. Ariffaizal yang memberi dorongan dan membuka jalan saya untuk menulis tentang intuisi dan dikongsikan bersama dengan anda. Anda boleh ke site saya untuk mendalami Intuisi Anugerah Allah ini. Dan baca juga artikel bertajuk Hukum Kesimbangan tulisan Dr. Ariffaizal . Artikelnya juga menarik dan boleh dijadikan panduan yang berguna tentang hukum alam yang perlu kita semua memahami dan seterusnya menerima bahawa segala kejadian dan peristiwa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita. |
Posted by Elmy at 7:29 PM 1 comments
Labels: Sembang intuisi