Wednesday, August 29, 2007

Apa Kata Kak Arina

Pagi ini rasa nak sarapan nasi lemak pulak, sebenarnya setahun adalah 2 atau 3 kali makan nasi lemak ni. Tak nak amalkan sebab cepat mengantuk. Kebiasaannya susu segelas dan roti sekeping dah cukup sampai tengahhari.
Sambil bersarapan saya membaca suratkhabar. Banyak berita yang menarik tentang kita menang bola dengan Myanmar, gengstar, kebakaran dan pembunuhan amah . Yang menariknya tentang artikel rasuah 262 orang ditahan sepanjang Januari. Saya mula terfikir alangkah baiknya jika negara kita bebas rasuah. Salah siapa anak bangsa kita terlibat dengan rasuah? Kenapa adanya gerak hati untuk menerima rasuah ? Gerak hati dan bisikan itu datangnya dari mana?

Gerak Hati, Suara hati dan intuisi sama ke? Saya sudah terfikir untuk menulis tentang pengaruh intuisi dalam kehidupan kita. Sebenarnya banyak juga buku dan rujukan yang saya buat tentang intuisi, Steven Covey dan Jose Silva banyak menerangkan tentang intuisi dalam buku mereka. Pengajian saya di Upm bidang kaunseling juga banyak membahaskannya, pensyarah selalu menyebut tentang intuisi, suara hati, gerak rasa dan pelbagai istilah yang sewaktu dengannya.

Terima kasih kepada Dr. Ariffaizal yang memberi dorongan dan membuka jalan saya untuk menulis tentang intuisi dan dikongsikan bersama dengan anda. Anda boleh ke site saya untuk mendalami Intuisi Anugerah Allah ini. Dan baca juga artikel bertajuk Hukum Kesimbangan tulisan Dr. Ariffaizal . Artikelnya juga menarik dan boleh dijadikan panduan yang berguna tentang hukum alam yang perlu kita semua memahami dan seterusnya menerima bahawa segala kejadian dan peristiwa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita.

1 comments:

No longer valid said...

Selamat membuka Kedai Kopi ya.
Duhh, tentu sedap di pagi yang cerah bermandi sinar mentari yang hangat. Sambil mencuci mata biar cerah saja, kalau menampak hidangan yang sedap2 dan mengenyangkan hasrat. Tapi buat memenuhi dahaga awal, bolehkah saya memesan segelas kopi yang mengepul dengan harumnya? Saya punya formula buat seduhan kopi saya, tetapi sesekali saya ingin menikmati apapun suguhan dari Kedai Kopi ini. Ngopi yuk ngopiii.