Sebenarnya, gembira rasanya menjadi warga Malaysia. 50 tahun kemerdekaan membawa banyak makna dalam jiwa setiap insan yang lahir di bumi yang bertuah ini. Semalam saya pergi melihat pertandingan bunga api kemuncak pertandingan dari Jepun. Sebelum ni dari Italy dan Australia tak pergi tengok walaupun dekat dengan rumah sebab tak berkesempatan. Walaupun hampir 3 jam menunggu dari jam 9 malam hingga 12.00 tengah malam tapi ada sesuatu yang saya belajar. Rupanya kita perlu melihat dunia luar kerana pengalaman banyak membantu kita berfikir dan bertindak dengan lebih rasional dalam sesuatu keadaan. Keindahan bunga api yang memancar tepat jam 12 malam itu sungguh mengagumkan. Saya terfikir sejenak, ini lah keupayaan minda anugerah Allah. Kita dapat mencipta apa saja yang kita inginkan melalui minda yang dianugerahkan asalkan ianya digunakan untuk kepentingan dan kebaikan bersama. Melihat dari sinaran bunga api yang dapat menerangi langit yang gelap itu, saya mula berfikir pada perspektif yang berbeza dari orang lain, mungkin. selain hanya menikmati keindahan kilauan bunga api tersebut. Jiwa saya terdorong untuk menceritakan tentang keindahan cahaya ciptaan Allah itu kepada semua orang. Alangkah baiknya jika usaha saya diumpamakan sekecil percikan bunga api namun dapat menerangi jiwa insan yang dalam kegelapan. Itulah hadiah tertinggi nilainya buat saya meneruskan khidmat ini. Munasabah kah? Tiada perkara yang tidak munasabah dengan bimbingan Allah. Semakin banyak kerja yang dibuat, semakin banyak perkhidmatan yang diberi, semakin banyak masalah yang kita dapat atasi, semakin banyak ganjaran dari Allah yang akan kita perolehi. Insyalallah...Amin |
Thursday, August 30, 2007
50 Tahun Kemerdekaan
Posted by Elmy at 10:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment