Thursday, August 30, 2007

Fikir, Fikir jangan tak Fikir

Hari ni sempat membaca blog Mind Control artikelnya bagus terutamanya tentang fungsi mental dan keupayaan mental dalam mempengaruhi kehidupan kita seharian. Jarang kita menggunakan keupayaan mental. Keupayaan mental jika digunakan hingga mencapai 10% sudah dikira macam Bill Gate.

Bermakna setiap hari kita hanya menggunakan keupayaan mental dalam lingkungan 1-5% sahaja mengikut kata pakar. Dalam satu hari, berapa kali kita berfikir. Mengingat bukan berfikir, menghafal bukan berfikir. Berfikir di sini bermaksud memperkembangkan sel-sel otak melalui penakulan maklumat yang kita simpan. Jarangkan kita menjana idea setiap hari. JIka setiap hari kita dapat menjana idea baru, bermakna sel neuro dalam otak akan bercambah dan berfungsi dengan baik. Penggunaan mental yang konsisten menjadikan kita insan yang berjaya satu hari kelak.

1 comments:

waliz said...

Betul cakap akak tu...kita mesti selalu gunakan pemikiran kita tapi biasalah..kalau benda2 macam ni memang susah sikitlah..anyway thanks for the tips..akak punya pemikiran memang lain dari yg lain..syabas