Thursday, August 30, 2007

Apa kata Shueqry tentang Intuisi

Pagi-pagi ini bila baca comment Shueqry rasa bersemangat pula. Sebenarnya setiap hari saya ternanti-nanti komentar dari beliau kerana pada saya site Shueqry Berkata penuh dengan informasi berguna. Gabungan pelbagai idea yang mantab dengan rujukan pakar motivasi terkenal. Jika anda berkesempatan kunjungilah site Shueqry Berkata dan anda pasti setuju dengan kata-kata saya. Di sini saya paparkan komentar beliau.

Assalamualaikum, kak Arina apa khabar? Shueqry di sini.

Dalam ilmu kuasa minda dan spiritual, intuisi memang ada dalam diri setiap insan. Ia boleh dibangunkan, dilatih dan 'diterangkan' agar melihat apa yang tak nampak. Ia juga dipanggil mata hati atau deria keenam.

Ia lebih bersifat sukma rasa, lebih kepada naluri dan getaran emosi yg datang secara tiba-tiba. Namun, apa yang timbul di dalam hati segalanya datang dari Allah swt, yang baik dari DIA dan buruk dari syitan yang niatnya mahu memperlagakan manusia.

Suara hati atau kata hati ini memang ada, namun tak ramai yang menyedarinya. Ia dapat memandu kita dalam apa jua keadaan, situasi mahupun bila kita nak buat keputusan. Bila fikiran positif dan hati baik, kata hati dapat memberi panduan dengan berkesan.

Allah maha pengasih dan maha penyayang, sebab itu kita ada gerak intuisi ini, untuk menerima petunjuk dan hidayah darinya.

Namun, mata hati atau naluri ini akan jadi 'buta' jika hanya perasaan benci dan dendam yang memenuhi hati, lantas secara automatik menjauhkan kita dari menerima cahaya hidayah Allah swt.

Kejayaan datang dari Allah dan ia juga boleh ditarik bila-bila masa olehnya. Kejayaan berlaku dengan izin Allah selain kesan dari usaha kita sendiri.

Artikel yang membina dari kak Arina. Bersemangat saya membacanya, tq !

2 comments:

waliz said...

saya setuju dgn kak arina cakap tu...shueqry ni memang pandai menyusun kata dan sangat pandai berfalsafah...syabas utk shueqry dan kak arina...

Shukree said...

Assalamualaikum,

tiada kata yang terucap, terharu sungguh rasanya bila membaca komen di atas. Sesungguhnya hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Tak tahu nak cakap apa, cuma perkataan Terima Kasih yang lahir dari lubuk hati.